Saturday, February 11, 2012

Marah???? Ops!!!



Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi  besar  ego  seseorang lagi besar marahnya.  Ini  berkaitan pula dengan kedudukan  seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak 
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan  menjadi-jadilah pemarahnya. 
Sebaliknya jikalau kurang segalanya,  maka  akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. 
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita  yang  menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun  nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah  ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk 
kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang 
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan 
kita daripada sifat  marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa 
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang  marah. 
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam 
keadaan yang marah.
f)  Apabila datang marah, banyakkan  baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas 
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g)  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat 
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah 
tidur. Kerana ianya  akan  meredakan perasaan marah apabila bangkit 
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu  itu  datangnya dari Allah dan 
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau  kita bersalah, kita tidak suka  orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang  melakukan  kesilapan,  juga tidak suka dimarahi. Tegurlah 
dengan lemah lembut dan kasih sayang


marah dan merajuk sama x??? 
memang la tak sama!!! 

maaf untuk yang pernah kena marah
untuk yang buat saya marah
cepat cepat pujuk!!! 

saya memang emosi.


6 comments:

Cik syikin said...

marah cepat tua..

Natasya Naslin said...

hye gorgeous =) sje BW.. insomnia dah xpat tidoq.. adeii..

btw, such a nice info. slalu prktikkan yg amik wudhu tu jek.. rupanya ad gi cara .. tanx for sharing =)

mimi meme said...

susah marah..p bila dah marah~ huishhh..nauzubillah~ heheheheeh..kalah hulk..hahaha
rora kuat majok duhal~ kekeke

Zahora Ahyan said...

@Cik syikin uhu... :( sumtimes.. terpikir gak..

Zahora Ahyan said...

@Natasya Naslin he. sy pun cmtu kalu cuti sem....

sm2x..

Zahora Ahyan said...

@mimi meme ahaha.. more than that meme... nasib bait tak 2 sama sek.. x sma uni.. mun x. abeyh la. kntoi der.... ahahha

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah