Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tandukkita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yanghina.c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkankita daripada sifat marah.d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawakepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalamkeadaan yang marah.f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minasSyaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapatmenenangkan api kemarahan yang sedang membara.h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklahtidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkitdaripada tiduri) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah danakan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulahorang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlahdengan lemah lembut dan kasih sayang
marah dan merajuk sama x???
memang la tak sama!!!
maaf untuk yang pernah kena marah
6 comments:
marah cepat tua..
hye gorgeous =) sje BW.. insomnia dah xpat tidoq.. adeii..
btw, such a nice info. slalu prktikkan yg amik wudhu tu jek.. rupanya ad gi cara .. tanx for sharing =)
susah marah..p bila dah marah~ huishhh..nauzubillah~ heheheheeh..kalah hulk..hahaha
rora kuat majok duhal~ kekeke
@Cik syikin uhu... :( sumtimes.. terpikir gak..
@Natasya Naslin he. sy pun cmtu kalu cuti sem....
sm2x..
@mimi meme ahaha.. more than that meme... nasib bait tak 2 sama sek.. x sma uni.. mun x. abeyh la. kntoi der.... ahahha
Post a Comment