23 August. walaupun kau lambat lagi.. akan ku harung dengan sabar dan tabah.. hahaha..
Tiba tiba rasa nak share status dari kak bieb nie.. Salah seorang senior debat yang cukup hebat.. :) tidak pernah bersua muka.. namun dari status fbnya.. aku tahu.. dia adalah seorang yang cukup hebat dalam dunia perdebatan.. :)
* (aku edit semula mengikut kesesuaian yang sesuai dengan susur galur dari mula aku masuk upsi.. sampai sekarang)
..........................................................
Sepanjang pengajian di universiti, teguran dari rakan-rakan mengenai cepat stress atau gelabah lebih adalah perkara biasa bagi saya.
Semester pertama di universiti dengan CGPA bawah 3 adalah perkara yang agak membimbangkan saya (itu adalah memori view result yang saya takkan lupa.. *semalaman menangis..* . Ada lapan semester yang perlu dilalui dan saya perlu meningkatkan momentum belajar. Azam saya adalah untuk mendapatkan ijazah kelas pertama. Bukan untuk merebut sebarang anugerah atau gelaran pelajar terbaik tetapi kerana saya perlu mendapatkan ijazah kelas pertama.
Terdetik rasa hati untuk menangguhkan pengajian dan bertukar kursus. Namun, rezeki penukaran tidak berjaya.. Tetapi saya gagahkan diri. saya perlu belajar untuk menerima hakikat. kerana ini adalah pilihan saya.. saya yang menandatangani untuk menerima pengajian di sinia.. saya perlu berusaha.. Saya perlu mendapatkan ijazah kelas pertama.
Saya cuma mahukan ijazah kelas pertama. Dengan ijazah kelas pertama, saya tidak perlu membayar yuran pengajian. Dengan ijazah kelas pertama saya dapat menukarkan terma pinjaman menjadi biasiswa. Dengan ijazah kelas pertama, emak dan ayah saya tidak perlu memikirkan kos pengajian anaknya. Dengan ijazah kelas pertama, peluang kerja pasti menjadi lebih cerah.
Maka, kini saya akan bersengkang mata, menghadap buku dan berusaha bersungguh menjelang peperiksaan. Setiap kali saya mendapat markah yang rendah dalam kuiz atau ujian amali.. saya akan bersedih. saya akan cepat tertekan. dan stress. kerana saya tahu.. ia akan mempengaruhi CGPA saya.. siapa yang akan membantu saya? kalau bukan diri saya sendiri..
Dari semester dua.. apabila saya jatuh dengan teruk.. saya berusaha bangun.. walaupun dalam semester dua. saya memang cengeng dan cepat tertekan.. saya sentiasa mahukan kualiti yang terbaik.. saya cepat gelabah bila kerja yang saya hasilkan tidak berkualiti seperti orang lain. Saya mula membuat perbandingan.. kenapa mereka mampu.. apa yang perlu saya lakukan.. saya perlu berusaha.. kerana saya tahu.. saya tidak sehebat mereka.. kerana saya tahu.. saya masuk ke sini... bukanlah sama seperti kelebihan yang mereka ada.. saya tahu.. saya jauh berbeza.. Maka.. dengan itu. .saya perlu mendapat ijazah kelas pertama...
Semester khas.. saya rela korbankan ptptn yang masih bersisa. dengan sedikit ihsan adik beradik dan duit bentuan Baitulmal.. saya kembali menyambung semester khas. walaupun ramai yang menyangka saya dan sahabat saya mengikuti program Exchange Student.. saya diamkan saja. Kalau ada yang bertanya.. masing masing buat tak tahu saja.. kerana apa? kerana CGPA semester satu saya.. adalah tidak seberapa.. kerana saya tahu.. lebih banyak lagi dugaan dan peperiksaan yang perlu saya terima.. maka.. saya perlu berkorban.. Raya pertama.. akhirnya saya kembali untuk beraya di pangkuan keluarga..walaupun saya tahu.. kos pergi balik agak tinggi.. namun lebih tinggi lagi harapan saya.. untuk tampil dengan CGPA yang lebih bergaya..
Semester 4, dugaan paling hebat.. saya sudah hampir kandas di paper exam yang pertama.. saya tertinggal bekas pensel yang menjadi kekuatan utama untuk menjawab peperiksaan. Sejak dari peristiwa itu, saya mula sedar, saya cepat hilang fokus.. dan apabila tamat peperiksaan. saya tertekan dengan status penerimaan jawapan saya.. dengan penandaan dan penamaan atas kertas jawapan.. saya keliru.. adakah saya telah menjawab dengan betul dan adakah jawapan saya bernama.. 2-3 hari saya kalut memikirkan perkara tersebut. Syukur Alhamdulilah. pensyarah saya adalah pensyarah yang cukup memahami.. cukup faham.. betapa stressnya saya..akhirnya satu sms saya terima.. menyatakan semua kertas jawapan mempunyai id pengenalan..
Di semester yang sama.. saya juga keciciran kad matrik selepas menjawab kertas biomekanik.. Dengan adanya peperiksaan yang belum diduduki.. walaupun cuma perlu membayar rm50 untuk membuat kad matrik baru.. sedikit sebanyak, perkara tersebut menganggu emosi saya..
Kini, saya mulai sedar..
"Perubahan takkan terlaksana tanpa pengorbanan". Ya, saya setuju. Saya telah mengorbankan masa terluang di universiti dengan belajar bersungguh-sungguh, untuk mengubah status pinjaman menjadi biasiswa.. Segala galanya perlukan usaha.. kerana tanpa usaha itulah.. yang akan membuatkan saya alpa dan terleka..
Maka.. saya perlu meneruskan pengorbanan saya.. pengorbanan ke arah ijazah kelas pertama.. itu harapan dan doa saya.. doakan semoga ianya mampu saya laksanakan... hadiah buat ibu dan ayah tercinta..
No comments:
Post a Comment