Friday, June 28, 2013

Minggu Pertama Internship.. :)

makan kek ni, tak lama kencing manis pepagi.. manis sangat!!! 
Selamat pagi semua, pagi nie rajin pulak update belog sebab hujung minggu kan. Sama seperti yang aku cerita dalam fb atau dalam penulisan blog yang lepas, sekarang aku dah mula berLI atau dengan bahasa mudahnya internship.  Tempat aku berpraktikal, dekat je la dengan kolej kediaman. kalau naik motor, adala dalam 5 minit kalau tak ambik jalan shortcut.  Jimat la sikit minyak motor aku nie.. maklumla dah hujung sem begini.. Alhamdulilah, setakat ni, tiada masalah dan latihan industri berjalan seperti biasa walaupun berlaku masalah jerebu beberapa hari lepas yang menunjukkan IPU yang agak kurang sihat di Tanjung Malim ini. Syukur alhmdulilah, setakat ini, jerebu makin berkurangan.. 
Eh, cerita pasal jerebu pulak aku nie.. disebabkan itu, masa stretching dalam gym pun aku lupa nak bukak mask jerebu. giler agaknya.. 

Baiklah, setakat ini Alhamdulilah,  aku masih dalam sesi warm up high intensity dalam minggu pertama ni. Banyak kerja, banyak tugasan. Sebab organisasi tempat aku praktikal ni, masih baru dan masih banyak yang perlu kena touch up. Tapi yang seronoknya tempat aku praktikal ni selesa la lengkap dengan kelengakapan alatan sukan. Jadi, kalau aku rasa malas nak joging kat luar lepas nie, aku masuk gym lari atas treadmill. Untung kan? Tempat lain, kau bayar la dulu. Mintak jadi ahli, baru boleh masuk. hee..

Aku praktikal kat sini dengan enam orang besties aku.. diorang ni la yang dengar rungutan stress aku kalau ada je task yang aku rasa kurang berkenan. Ayat lazim.. jangan stress ora.. hahaha..Baik! inilah mereka.. 

credit this pic to our coordinator.. ;) 
dari kiri, stephen, sara, yan, topher, oura n aten.. 


sebelum aku mulakan internship ni, aku balik Gerik hari tu. Sebab semua member member aku balik kampung. Bosan. jadi aku pun balik la Gerik even aku tau abang aku sibuk. Tapi lastly, boleh la di bawak aku jalan jalan kat kawasan rekreasi Lata Ulu Lawin nie. Aku ingatkan airnya deras seperti Sungai Samak Tanjung Malim.. hahaha.. takpe, mungkin next time, aku ajak dia terokai Hutan Belum pulak.. :) 







Sekian dulu entri kali ini.. 
Lain kali aku cerita lagi.. 
:)
terima kasih sudi baca.. :)





No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah