Thursday, September 27, 2012

Hidroterapi Ais || SPA



Hari ini terasa mahu bercerita mengenai spa.. :) sebab spa ini melibatkan ais. jadi aku tertarik untuk berkongsi.. hihihihi

Pelbagai bentuk rawatan spa diperkenalkan bagi membantu orang ramai memperoleh kesejahteraan tubuh secara holistik. Antara yang turut mendapat perhatian ialah rendaman ais atau lebih dikenali sebagai hidroterapi ais iaitu salah satu kaedah rawatan alternatif. Terapi Getaran Warna (CVT) bagi membantu menguatkan tulang, otot dan saraf pada badan.

"Pada peringkat permulaan rawatan ini akan menyebabkan  merasa sejuk namun selepas beberapa minit suhu badan mereka akan sebati dengan air di dalam tab. "Bukan air biasa yang digunakan, sebaliknya ia mengandungi air beralkali yang diyakini mampu melegakan banyak penyakit," katanya. 


Rendaman ais itu kemudian ditambah titisan aroma terapi seri wajah, garam kasar, sulfur, hydro natrium, kapur sirih, dan gel mandian yang mengikut keperluan fungsi tubuh individu. Rawatan menggunakan hidroterapi ais tidak memberi kesan berbahaya kepada tubuh badan sebaliknya ia membantu mengembalikan semula kekuatan tulang, meningkatkan keseimbangan sistem ketahanan tubuh, antibodi dan sistem hormon.

Selain itu rawatan spa ini juga dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan menyelesaikan masalah kesukaran tidur, meninggikan semangat dan tenaga vital. Ia turut membantu melancarkan pengaliran darah, kelangsingan tubuh badan serta rawatan kulit yang paling berkesan.Tambahan pula, hidroterapi ais sebagai rawatan eksklusif turut disertakan bersama empat terapi pilihan sebagai pelengkap iaitu rawatan kiropraktik, urutan tradisional untuk keseluruhan badan, rawatan shiatsu dan rawatan fisioterapi iaitu terapi pemulihan otot di dalam kolam renang dengan air garam. 

tapi tak semestinya setelah melakukan rawatan spa ini, anda akan sihat secara sepenuhnya.. tetapi ia adalah satu terapi atau alternatif yang baik untuk menghilangkan stress dan sesi manjakan diri.. :) 

kalau tab kolej kediaman nie macam nie. 
alamat sejam agaknya kami mandi.. 

Itu sahaja. 
sekian.. 
:)
credit : utusan malaysia 

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah