Friday, August 31, 2012

Syawal


Salam Alaik.. Salam Kemerdekaan.. Salam Syawal buat anda semua.. 

Ini adalah entri pukal bercerita mengenai perjalanan balik dan bercerita mengenai Syawal 2012.. Alhamdulilah.. dipanjangangkan umur pada tahun ini masih dapat meraikan Syawal bersama keluarga tercinta.. Terima kasih kepada penaja untuk penerbangan pergi dan balik untuk semester khas ini.. *Terharu sangat*
baiklah, bercerita mengenai balik raya, aku telah kembali ke Sarawak tepat 1 Syawal.. sedih ke? tak la.. gembira lagi ada.. sebab bersyukur masih dapat balik raya..bagi yang tak dapat balik? kau rasa apa?
sepanjang berada di LCCT tersebut. bermula dari pengalaman menaiki LCCT sehinggalah masuk ke Departure Hall.. mak aih.. senyum sampai telinga.. semoga pengalaman ini tidak akan berulang lagi.. tapi sunyilah bila balik berdua.. :) selalu ramai jer balik.. hihihihi.. 

My besties dah balik awal.. beliau telah sampai ke destinasi. aku baru naik flight. dah la balik berhujan.. *Eh.. maksudnya fligt sampai agak lambat sebab cuaca agak buruk.. *Sesampai di Sibu.. uhu.. berperang mencari teksi pak cik Melayu.. lupa malam raya pertama.. mana ada teksi Melayu.. Cina ada la!..mak aih. .seram sejuk aku naik teksi seorang sebenarnya.. pemikiran aku ni memang selalu menjurus kepada perkara negatif.. positifnya kurang.. kahkahkah.. malam itu.. di dalam teksi.. nasib baik ada kakanda di perantauan yang bertelefon sepanjang perjalanan...hilang juak rasa cuak.. walhal.. jalan ok jer.. kenapa la tak pandu laju sikit.. *kesimpulan.. kalau naik teksi berseorangan.. jangan melawa.. buat muka bengis.. * berguna tau... 

Bermalam di Sibu dan kembali semula ke Mukah pada keesokan harinya.. 
Terima kasih untuk sahabat yang masih berada di Tanjung Malim kerana sudi menjadikan rumahnya tempat simpan barang..

Baiklah.. bercerita mengenai Raya.. seperti biasa. siapa yang tak seronok beraya.. berziarah bersama sahabat handai dan sanak saudara. .Tapi aneh. kenapa Syawal kali ini.. aku tidak menangkap gambar ketika sahabat datang.. ketika saudara mara.. sibuk sibuk pulak aku nk tangkap. bila kawan aku dari poli.. dari sekolah menengah. takda pulak aku sibuk sibuk nak bergambar. kecewa.. 

terima kasih untuk mereka yang sudi hadir ke rumah.. :)
Appreciate sangat.. 

Kini menikmati cuti yang masih bersisa di Mukah.. Perasaan masih gusar kerana sem khas itu... belum lepas sepenuhnya... semoga cuti yang indah ini.. akan dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga di rumah... 
Syukur Alhamdulilah.. Terima Kasih Allah.. 

1 comment:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah