Sunday, November 6, 2011

Berkorbanlah Untuk Sebuah Kehidupan..

Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam seluruh dunia.. 


Semoga dengan keberkatan Hari Raya Aidiladha kali ini akan memberi keberkatan dan seribu makna untuk kita semua. entri ini bukan nya ditaip untuk menceritakan mengenai sambutan Eid Adha.. namun sekadar menaip mengisi entri yang telah lama tidak diupdate. Sesungguhnya. Eid Adha kali ini memberi satu perasaan baru,  iaitu hidup sendiri.. itu adalah hakikat sebenarnya.


ingin terus membaca?

sila klik.. 
sila klik untuk paparan penuh.. 




 Aku berkorban untuk tidak balik agar PTPN cukup sehingga ke akhir semester dan beleh menampung tiket untuk aku balik ke kampung halaman. Awal pagi tadi ayah call untuk mengucapakan selamat Hari Raya agaknya..seawal subuh lagi. Ayah mana yang tidak merindui anaknya di pagi raya begini..


Bersabarlah mak, ayah.. cuti semester ini, anakanda pasti akan balik.. Ini adalah satu pengorbanan untuk menuntut ilmu di negeri orang. Dengan semua kafe dan kedai tutup, nasib baiklah ada rice cooker untuk aku menanak nasi dan memasak lauk sedikit.. Kolej Kediaman lengang dan sunyi. Terima kasih lah kepada Tim dan Tanggi kerana sudi menemankan aku ke Pekan tadi untuk membeli sedikit makanan dalam tin. terima kasih sahabat.. :) 



Selesai cuti ini, maka tiada lagi isitilah cuti untuk kami semua. untuk itu kawan kawan.. bersantailah bersama keluarga.. bagi yang dapat anak buah tuh.. peluk cium la anak buah dalam masa seminggu nie, bagi yang bercuti bersama keluarga tu, selamat bercuti  dan bagi yang couple tuh, jaga la pasangan masing masing baik baik kerana selepas ini tidak begitu banyak masa dapat diperuntukkan bersama.. yea la. balik ke sini dengan timbunan tugasan dan kertasa kerja. bergimnastrada dan berenang sejauh 50 m.. ah.mata  berpinar seketika. aku nie floating pun tak dapat lagi..herm. nak duk ujian kemahiran cmana.. aah.. layan jew la. bak kata mentor aku... layan jew.. tp.. aaah.. jangan la lec kejam sangat.. aku xnk menambah ilmu untuk renang semester depan.. haish.. ~ 


selesai cuti nie, aku ada perbentangan basic coaching, motor, Pembangunan Sahsiah.. ah. semua nya banyak... satu pun belum aku pegang.. pemalas punya pasal.. esok mesti kena. wajib.. dan sewajar dengan nya. sepatutnya environment sebegini harus dimanfaatkan sepenuhnya.. tapi aku pulak menjalankan tugasan seperti suri rumah, memasak la.. mengemas almari la.. macam la masa lain takda. pelik la aku nie. haish.. 
eh. iklan kejap.. kepada kawan kawan yang dah bertunang tuh. tahniah tau.. :) dan kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan november ini.. tahniah juga.. :)

Ayu.. :) u r great.. Jodoh orang sini yea.. :

Semoga dipermudahkan segalannya ya.. 


cucuk mesin atm tadi.. duit nampaknya makin berkurang.. itu petandanya sesi jimat berjimat harus dijalankan.. mana la tau.. rezeki tahun depan. di Korea..kih3x..jadi. di situ. ada lagi pengorbanan.. 
oh ya.. maaf yea kawan kawan.. kepada yang telah menghantar sms ucapan slmt hari rya aidiladha. terima kasih banyak banyak atas ucapan tulus ikhlas kalian.. kredit ku terpaksa dijimatkan untuk calling calling with my family members.. xdapt nk reply untuk dg dan maxis yea. sbb sy adalah pengguna maxis connecting people.. untuk aspek kredit. saya tidak dapat berkorban kerana kedai reload depan khar pun tutup..maaf yea.. .. 


walaubagaimanapun. aku bersyukur kerana di sini masih terdapat wifi dan talian telefon yang membolehkan aku menelefon ahli keluarga.. sahabat handai dan menerima panggilan dari remmy ishak atas kemenangan beliau dalam Anugerah Skrin yang lepas.. 

Satu Sms yang aku terima.. 
aytnya pendek. tapi cukup bermakna.. 

Hidup perlukan pengorbanan, maka.. berkorbanlah untuk sebuah kehidupan.. 

Ya.. aku akan terus berkorban di sini. kerana disinilah pilihan dan matlamatku.. Habiskan dulu perjuangan yang masih belum selesai bak kata seniorku.. haish... 

Cuma. tiba tiba masih bingung.. 
Eh. betul ke PTPTN cuma akan menampung yuran (dalam proses cadangan) dan ismp dah tidak mendapat atas tempat diambil oleh GSTT... 

mode : sediakan payung sebelum hujan.. 
incik remmy ishak.. sila terima tawaran berlakon lagi.. 
untuk simpanan kita di masa depan.. 
awww.. ! lempang kang.. 
apa pun tahniah remmy ishak.. 
u memang cool la.. ! 



owh remmy ishak! :) (bukan nama sebenar.. ) kih2x.. 

Bajet Mr Simple ko artis la.. duit berjuta.. lepas berlakon filem.. !
Apa kes! 

sekian! 



4 comments:

syufaa said...

hihi.
sabar la ye awak.
org lain cuti lama, kita kena korban.
syufa cuti smpai hari ni je.
esok start rutin harian balik.
anyway awak, selamat hari raya aidiladha!
^_^

anak gemilang said...

terima kasih... sama la kte.. hihi.. cuti tak cuti sma jew.. :)
semoga Aidiladha kali ini memberi seribu makna untuk kita smua..
InsyaAllah..

**::CIKNUURUL::** said...

ouch,sedih gak sket bace kisah awak,.takpe,susah sekarang, berkorban sekarang, nanti ganjarannya berbaloi-baloi,Insyallah,.hehe,.

teringat zaman stduy dulu,memang selalu sangat kami jimat,.sebab duit PT banyak lagi nak gune tuk beli buku n ptstet,.huhu,.

Salam Eid Adha dear,.sabar eh,.cuti org lain pun kejap jee,.hehe,.

anak gemilang said...

@**::CIKNUURUL::** Salam Aidiladha gak kak.. semoga hati dan perasaan ini terus dikuatkan.. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. sama sama kita doakan.. :)

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah