salam semua..
kembali menaip di sini sambil menikmati masa cuti dengan sepenuhnya.. masih lagi mencari cari peluang kerjaya untuk menampung belanja minum motor…
masa cuti setakat ini dihabiskan di rumah, owh. di rumah bagaikan maharani..
teringat lagi lirik lagu PL
nak nyanyi kejap..
sem 1 nganga nganga
sem 2 dapat nama
sem 3 tumbuh tanduknya..
sem 4 jeling jelling
sem 5 dapat daling
sem 6 bawak pusing pusing
sem 7 tak jadi kawen
sem 8 frust menonggeng.. konvokesyen.. terkontang kanting..
adohai malang nya nasib nasibku..
aduhai tidak terkira..
masak masak sendiri..
makan makan sendiri..
cuci baju sendiri..
semua sendiri….
Cintaku aku tak punya..
harta apakan pula..
……………..
ada ada saja..
dulu sewaktu… ku di kampungku.. eeeeeee
makananku.. terhidang bagaikan raja..
lirik lain aku lupa..
tengok. aku boleh hafal lagu tuh..
sekarang..
aku nak bercerita mengenai misi kami ke Teluk Sekadeh di Pulau Pangkor..
seminggu sebelum exam adalah saat paling MANIS sangat..
di samping sibuk dengan persiapan exam..
kami sibuk berperang untuk membuat gadget di PNP
memang seronok sangat ketika itu
untuk kawan kawan..
terima kasih.. kenangan membuat gadjet itu memang manis sangat..
perjalanan ke pangkor.
selesainya paper wacana..
kami meneruskan perjuangan di Teluk Sekadeh
kami dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk pengangkutan..
ada yang menaiki kayak.. ada yang menaiki feri…
jeng jeng jeng..
aku terpilih untuk menaiki feri..
terpilih ke? ok.. tQ nick..
sebab aku tak naik kayak.. keh2x..
dalam pada itu.. kami meneruskan perjuangan dengan begitu bersemangat sekali..
pak cik bas telah meninggalkan kami di Jeti Lumut pada jam lingkungan 2 pagi
bak kata abang senior yang hensem itu..
betul…
sms nya tepat sekali..
pada malam itu. beralaskan lantai konkrit di jeti. kami melabuhkan tirai malam di sana..
buat pertama kali.. aku beradu di singgahsana sebegitu..
tidak hairan kalau pelajar fakulti sains sukan.. bak kata lec aku.. haha..
perjalanan diteruskan lagi menaiki feri ke pulau pangkor.
dari jeti Pulau Pangkor.. kami meneruskan perjalanan dengan menaiki van dengan tambang rm1 seorang.
murah kan?jadi.. naiklah van untuk bersiar siar di Pulau Pangkor..
apabila tiba di tapak kem..
kami sibuk dengan aktiviti kem kraf..
di sinilah kenangan bermula..
kami belajar memasak, kami belajar menjaga keselamatan,kami belajar untuk tidak tidur..
kami belajar membuat tandas, kami belajar untuk catering makanan…
terlalu banyak yang kami belajar..
namun kepenatan dan tergesa gesa itu lah yang mengajar erti kerjasama..
yang menngajar erti timbang rasa..
itulah kem amali pendidikan luar teluk sekadeh itu..
next entri aku cerita lagi berkenaan aktiviti di kem..
kayak
snorkeling
kembara rimba
kembara ilmiah
sbb sy rindu beliau lebih..
muahahahahaha..
nick
congrats 4ur dip konvo..
kayak ke Coral Island tak menghitamkan beliau.. haha..
2 comments:
best !
@FiraHasan kayak tu yang paling best~ keh2x.
Post a Comment