Friday, September 20, 2013

7 sebab perlu berjaya dan kaya..

Entri ini aku post sebagai peringatan untuk diri sendiri.. aku dapat dari facebook.. :)
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..



mind heart soul :)
my everything :) 
7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?



Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"



2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?



Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."



3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.



Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."



4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.



Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."



5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.



Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."



6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.



Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."



7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...



Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!

MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....
Wassallam

Sunday, September 15, 2013

Kayak Riadah di Kampus Baru UPSI

As salam semua.. sebab hari nie hari ahad, rasa nak post sikit entri yang agak santai dan seronok.. hehe.. nak kongsi sikit gambar kayak masa ramadhan yang lepas.. 27 Ramadhan.. heee.. sekarang baru nak upload.. sebab bila tengok.. rasa best je gambar kayak ni :)

ini adalah gambar sebelum... 
dari kiri.. aku.. tanggi.. dan miry :)

kalau lalu dekat kawasan kampus baru nie, memang tak kan nampak kawasan nak berkayak tu.. kena la jalan sikit.. setelah sampai ke kawasan tasik.. kawan kawan aku yang gagah perkasa pun angkat la kayak ke dalam air.. (itu adalah kekuatan dan kelebihan membawa lelaki berkayak bersama sama) kih2x.. 

dan apabila nak masuk ke dalam kayak.. lebih baik lelaki duduk di belakang kerana lazimnya kawalan adalah lebih mudah di belakang.. selain kekuatan berkayak itu adalah didorong dari belakang sebenarnya.. Lelaki haruslah naik ke kayak dulu.. takut takut kayak bocor ke.. eh.. bukan.. sebab kalau aku naik dulu, tanggi naik kemudian.. kayak ini akan terbalik..  hahahaha.. (yang berat kena naik dulu dan kawal keadaan kayak) hihi.. 



ready to go!!!! :)
dan kami pun mula la berkayak ke tengah tengah tasik.. :)



sampai sampai je terus ambik gambar.. 

ini adalalah kawasan tembok yang dibina sebab tasik ni adalah tasik semulajadi yang ditambah baik dan ditimbus semula dengan batu batan dan pasir  (ini aku dengar dari senior cerita la), dan yang aku dengar lagi, ada jugak kawasan dalam dekat sini.. di hujung hujung pula, ada kawasan arus deras yang agak berbahaya.. sebab tu la kalau hari hujan, takda orang berkayak kat sini.. tapi masa kitorang berkayak hari tu.. best je.. tenang je air.. ikan pun jelas je nampak dari pemukaan air.. :)




setelah agak lama duduk duduk dan bergelak ketawa, kitorang pun terus meneruskan misi untuk berkayak sampai ke pusat perkhemahan pusat ko upsi..

kalau nak berkayak nie, kena la kuat mengayuh pedalnya, kalau tak, memang takkan jalan.. lebih lebih lagi kalau dua dua berat.. senior aku bagitau, kat area tasik nie, banyak ikan.. jadi aku percaya sebab dengan mata kepala aku sendiri tengok ikan banyak melompat lompat gembira di permukaan air.. katanya lagi, ada juga pelajar yang memasang kail dan pukat. Wahhhh.. kreatif la pelajar upsi nie, boleh jimat belanja makan. goreng ikan je..  petang petang pegi letak umpan, pagi pagi joging ke tasik boleh la ambik.. :)


sebab hari pun semakin petang, maka kami pun bersedia nak balik.. lagi lagi aku nak berbuka waktu tu.. hahaha.. 



semua berlumba lumba nak balik.. 
lihatlah sudut kecondongan kayak belah kanan..:)




sekian saja untuk kali ini.. 
:)

credit all this photo to Abg Lah.. terima kasih sebab jadi jurugambar kami pada petang tu.. :) 







 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah