Thursday, August 11, 2011

Fida Ibrahim dan Mamat Sepah Bercinta???












"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.


Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.


Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."


"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.


Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.


"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.





aisehmen.. ramai la peminat fida nie gigit jari lepas nie.. dan kepada sesiapa yang nak dapat girlfriend macam fida.. korang create la tandatangan lawa lawa.. :) 





Salam Ramadhan Semua.. :) heee

Wednesday, August 10, 2011

Pelajar Open Market & KPM Upsi







Analogi tentang status open market di UPSI 


situasi





PELAJR KPM =  TUNANG ( calon utama) *sudah ada ikatan*





OPEN MARKET =  MASIH BERSTATUS BOYFRIEND ATAU GIRLFRIEND (masih dipantau untuk masuk dalam list.. )





MATLAMAT : PERKAHWINAN YANG BAHAGIA (SUAMI DAN ISTERI MITHALI)








KAEDAH : 





POINTER KENA KAW





LULUS KURSUS PRA PERKAHWINAN ( TEMUDUGA UNTUK POSTING)





LULUS TEMUDUGA KPM





kedua dua calon akan melalui matlamat dan pengalaman yang sama.. 








konklusi : masing masing kena berusaha kan? tunang pun boleh putus tau! 





tapi.. sudah pasti calon Open market sudah bersedia untuk patah hati bukan?





Namun.. atas risiko itu. mereka sudah pasti sudah bersedia alternatif yang sewajarnya... 





IKATAN PERTUNANGAN  ITU MENGUKUHKAN HUBUNGAN


menjanjikan hubungan perkahwinan yang bahagia jika tiada aral melintang





Jalinan ukhwah sebagai kekasih itu membolehkan kita mengenali hati budi..


bezanya apa?


insyaAllah.. kalu dah jodoh.. anda memang akan menemui calon yang sesuai.. 


cuma perlu tunggu masa dan ketetapan Allah.. 


apa yang penting.. ada telah menerima tiket untuk masuk ke bilik temuduga.. 


berbanding beribu ribu calon lain di luar sana 








eh.. melalut  pulak dah.. lalalalalalala





siapa yang tak setuju dengan analisis aku buat nie.. :) 





may the best man / woman win.. :) 




salam ramadhan semua.. :) 















 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah