Tuesday, August 23, 2011

Ketetapan Hati..










Bismillahirrahmanirrahim..








Segala puji ke atas Allah tuhan sekalian alam, di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan ke atas kita. Selawat dan salam ke atas junjungan tinggi Nabi Muhammad S.A.W di atas perjuangan baginda menegakkan Islam.
















Setiap manusia pasti mempunyai matlamat dan impian. Untuk mengecapi matlamat dan impian itu memerlukan perancangan awal. Sebagai hamba Allah, kita haruslah berusaha terlebih dahulu kerana Allah telah berfirman: 


“….Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...” (Surah Ar-ra’d ayat 11).





"Hidup kadang kadang perlu bermatlamat. dan apabila kita telah berpegang kepada sesuatu itu, hendaklah kita pegang ia erat erat", satu ungkapan kata seorang insan kepadaku suatu ketika dulu. entah apa yang merasuk minda ini malam tadi hingga sukar untuk melelapkan mata hingga ke jam 0330 pagi. Lantas, wudhuk diambil.. aku melakukan solat sunat dan solat istikharah.. hati dan fikiranku benar benar menemui jalan buntu.. 





Cuti semester ini adalah cuti yang panjang dan wajar untuk aku membuat keputusan.. entah kenapa.. pelbagai telahan dan cubaan untuk aku membuat pilihan, namun, apabila difikirkan secara dalam, ada sahaja kesukaran untuk membuat satu titik jawapan yang pasti.. 





Sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi telah tercatat di Luh Mahfuz takdir kita. Jadi kita perlu berusaha disamping menguatkan lagi pergantungan kita kepada Allah demi mendapatkan keredhaan-Nya.




Aku kadang kadang terfikir akan perkara itu, namun.. kenapa masih ada sisa sisa pemikiran sebegini. mungkin kerana tekanan lepas menduga hatiku begini.. Ya Allah.. aku memohon kepadamu.. berikanlah aku petunjuk.. aku insan yang lemah. .tidak mampu untuk menjangkaui batas pemikiran manusia untuk menjangka apa yang terjadi di masa depan... 




hati aku mungkin boleh diperkotak katikkan.. tapi janganlah duga hati ibu dan ayahku begini..  semoga di hari hari terakhirku di bumi kenyalang untuk cutiku.. dan menjelangnya syawal dan tamatnya Ramadhan.. Allah akan memberiku petunjuk.. semoga selepas ini, aku menerima ketetapan hati. dan ketenangan.. 






Allah sahaja yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita. Jadi jika doa itu tidak dimakbulkan serta- merta jangan bersangka buruk dengan Allah kerana mungkin ada hikmahnya.Allah berfirman mafhumnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.(Surah al-Baqarah ayat 216)






“Ya Allah, Aku mohon keampunan dariMu. Ampuni segala dosaku dan setiap ahli keluargaku dan tenangkanlah hatiku”..













Monday, August 22, 2011

Itulah Sayang.. ~

















Tanya sama hati apa asal sayang


Adakah tandanya nampak dipandang


Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya


Punya tanda-tanda hubungan mesra




Tanya sama hati pernahkah merindu


Ingat masa lena apa mimpi mu


Masa berjauhan apa nan dikenang


Bila difahamkan itulah sayang




Tanya sama hati apa asal sayang


Adakah tandanya nampak dipandang


Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya


Punya tanda-tanda hubungan mesra




Tanya sama hati pernahkah merindu


Ingat masa lena apa mimpi mu


Masa berjauhan apa nan dikenang


Bila difahamkan itulah sayang











First time aku dengar lagu nie, memang aku rasa lagu nie best





masa berjauhan apa nan dikenangkan.. 


bila difahamkan itulah sayang.. 





p/s: owh.. cuti aku dah nak habis dah.. 


feel nak raya tu belum ada lagi.. ~ 















 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah