Saturday, April 16, 2011

Mana suami saya? Mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinyatercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.


"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "


Moral cerita: jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.

Sedikit Coretan

Ketika sibuk menaip entry dan mengupload dokumen untuk PL.. 

Hati terdetik untuk mengupload sedikit gambar untuk dimasukkan  ke dalam blog..
sedikit kisah yang wajar untuk djadikan refleksi. dengan harapan
apa yang kami lakukan ini.. mendapat keberkatan dari Allah SWT..
di mode exam begini.. masih banyak yang perlu kami selesaikan..
patutlah pelajar sains sukan mode menjawab soalan objektif untuk final..
masih banyak yang perlu dilakukan sebenarnya..
maaf kawan kawan.. kalau anda tidak dapat balik untuk mendapat restu mak ayah sebelum exam..
kita masih ada tanggungjawab di sini..
namun.
semangat anda yang tidak pernah luntur membuat  aku terkedu seketika..
anda tidak akan percaya jika tidak melihat sendiri gambar di bawah.. 

Regata Kayak Upsi


kita semua berpanas dari tengah hari sampai ke maghrib.. 
usaha yang betul betul jitu
masing masing bersemangat 


pose menarik.. ;) 



hari ke 2.. 
kami datang dengan misi yang sama..
kami tidak menghadiri olahraga

kami datang untuk memberi sokongan.. 
membuat apa yang perlu.. 
namun.. 
berlaku sedikit fenomena lantaran peristiwa itu. 
usah dibuka buku lama... 
ia tetap tercalit sebagai satu memori kepada kita semua.. 


ehem.. kirim salam topi putih ya.. ;)

regata kayak upsi

 aku tak ingat ape nama game nie. tp agak seronok juga.. 
di sini kita duduk duduk di bawah khemah.. 
mencatat masa. 
terjerit2 dengan katak.. 
haish.. 

ada yang sanggup menjadi line man.. 
sanggup berpanas.. 
memberi sokongan... 

ehem.. 
Olahrga dihantar 2 hari berikutnya.. 

Ahd..
trip to Pangkor.. 
lawatan tapak untuk melihat Tapak Kem
inilah tempatnya kawan kawan.. 
cantik bukan???




terima kasih asrul.. 
sbb angkt beg aku
mengharung jalan yang penuh dengan rintangan.. 
nasib baik kem akhir naik jalan air.. 
daripada tak lasak. 
menjadi lasak.. 
hari yang comot. dengan peluh2 menitik2x.. 
Edisi McD tidak menjadi.. 
kecewa.. 




syu ;) 

terima kasih untuk semua yang pergi ke lawatan  Pangkor.. 
untuk engku.. 
terima kasih.. 
untuk zero. 
terima kasih.. 
sorang. aku lupa namanya.. 
terima kasih juga.. 



tuan pengerusi.. 
minta maaf yea.. 
walaupun sekarang bukan hari raya
tapi umur tak boleh dijangka.. 
teringat ayat farid.. ;)


untuk kawan kawan.. 
especially apek.. 

terima kasih sebb shre file olahraga

balik dari pangkor.. 
memang tak tdo.. 
terus membuat assignment olahrga.. 

satu perasaan yang sungguh manis.. 
tidak tdo semalaman.. 
tanpa bantuan kawan kawan.. 
assignment itu tak akan mampu dihantar.. 


iklan kejap!
jeng jeng jeng.. 
edisi makan durian. 
untuk release tension.. 
:)


mereka inilah.. 
hero hero yang akan membantu ketika musim banjir
membantu mengemudi dinghi dan bot.. 
kerana mereka sudah pandai untuk mengemudikan aktiviti di air.. :)


:) 

 gigih! 


  pose istimewa dari Itik! 
1
2
3



nama diberi??? 2x.. 
;)
kalian memang stylo.. 


sebelum exam GE..
mereka sangat relax ok.. 
lokasi.. ??? 
aktiviti: main guli..





semalam ketika membuat pemotongan kayu untuk gadjet.. 
teringat zaman civil.. 
:(
kalu msa exm dulu.. 
kalut aku nk exm tuh.. 
haish.. 
payah nk cakap.. smpaikan lec sebelah aku pun akan tergelak2 melihat aku menekan kalkulator.. 
dengan rupa graph yang bengkang bengkok
menampakkan koordinasi tangan yang tidak sekata.. 

apa jua hasil yang akan kita peroleh.. 

sama sama lah kita berdoa.. 

kita berdoa untuk semua.. 
mudahan urusan kita akan dipermudahkan..

semoga kem kita pada kali ini akan berjaya... 


haish.. bingung aku exam dengan soalan objektif nie.. 
salu aku exm mengenjin dan mengira.. 
kalu salah.. dapat gk cover.. 
tp. objektif2x. ni.. haish.. 
tersentap hati aku.. 
bila ku kenang.. 
markahku... uwa.. ;(
owh ujian fizikal.. kau mmg mantap
olahraga lagi la mantap.. 
bak kata itik. 
kalu aku masuk hurdle atau lompat tinggi. 
sila bersedai untuk menunggu selama 1/2 jam.. ;) 

ayt terakhir untuk pengerusi PL Akhir
 tanpa anda.. 
siapa yang harus kami rujuk.. 
lebih lebih lagi diriku ini.. 
siapa nak tolong aku sem depan.. 
haish.. 

dah2x. aku nk nangis dulu.. 



semoga Allah membuka pintu hati beliau.. 
amiiin.. 



 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah