Sunday, January 16, 2011

Permulaan Kehidupan Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan..

salam semua.. 
*minggu sui kenal*

:)
lokasi terkini : kolej harrun aminurrashid tanjung malim.. 
latest status : penat!!! 
balik dari kem mengenal budi.. 
...................................

lantaran dari kem itu.. tak dapat lah aku menonton perlawanan akhir piala debat khar.. 
*mel.. tQ taw sbb jadi team mate oura*
bukan keterpaksaan ye mel.. haha.. 

:(
ape pun.. buat mus.. din.. dan zalie.. 
jangan kecewa taw.. 
korang mmg best.. 
:)
*rugi tak tengok*
*
*
*
*
ehem.. keluarga debat khar.. ora nk tgk pic masa saringan hari tu boleh.. :)
*
*
*
dan sebab kem mengenal budi.. aku pun tak dapat join teater.. :(
areda.. 
sori taw.. 
eyh.. sebaye ke tua lagi.. takpe2.. 
yang penting 2 aktiviti dah ketinggalan.. 
***
jualan di khar tak pyg cerita... 
memang aku ketinggalan.. 
tapi.. adalah gak berbeli ckit.. :)
ckit???
tshirt upsi, jaket,tracksuit.. tudung.. 
eyh.. tu bukan ckit.. tu byk pulak dah.. haha.. 

kem??
so far.. kem tu memang best.. 
dan kem tu lah adalah kem aku paling manja dan mengada2
ops.. bukan.. 
aku mengalami kecedaraan gak la.. 
harap tak da apa2 kesan di masa hadapan.. 
ok.. 
dah la.. nanti la aku update lagi.. 
aku nak p hospital dulu.. !!
jom tgk muka aku latest.. 
omg.. 
maaf.. sy kesuntukan masa.. 
saya tak edit ok.. haha.. 


Salam!!!!
-my coursem3-

-tepi sungai-
-otw nak balik-

sekian untuk kali ini.. 


p/s : kulit makin gelap dan makin sentimental jiwa raga haha... 

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusop meninggal dunia.. alfatihah..

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pelakon drama Mohd. Faizal Yusop , 33, hari ini meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak di sini.
Bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana (Nana) Alias, 28, itu menghembus nafas terakhir pada pukul 1.45 petang selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut setelah terjatuh di bilik air rumahnya di Sentul, pada pukul 9 pagi.
Abangnya, Shaiful, 35, yang membawa Faizal ke hospital berkata, keadaan adiknya itu kelihatan teruk selepas terjatuh di bilik air.
Bagaimanapun dalam perjalanan, Faizal memberitahu, keadaannya pulih sedikit namun ketika sampai di hospital keadaan pelakon itu kembali tenat.
"Faizal terus dimasukkan ke ICU dan dia sempat bertemu dengan anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun yang dibawa oleh Nana," katanya ketika ditemui di lobi hospital di sini.
Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu kerana semalam, Faizal sempat membelanja ahli keluarganya makan malam ikan bakar Sekinchan, di Setiawangsa.
Kata Shaiful, jenazah Faizal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, pada pukul 10 pagi esok.
Sementara itu, Nana yang turut berada di hospital berkata, dua minggu sebelum ini, ketika Allahyarham bercakap dengan anaknya, beliau dapat merasakan perubahan sikap bekas suaminya itu.
"Sewaktu dia bercakap dengan Rayyan, Nana dengar dia pesan pada Rayyan jangan menyusahkan mama dan jaga mama baik-baik.
"Nana memang rasa lain kerana selama ini dia tidak pernah pesan begitu, tapi tidaklah Nana tanya tentang perubahan sikapnya itu," ceritanya.
Allahyarham yang kini sudah menikah dengan Rosmunira Rashid, 27, dijangka bakal menimang cahaya mata sulung menerusi perkahwinan keduanya kerana isterinya itu sedang hamil lima bulan.
Drama lakonan Faizal, Tiramisu sekarang ini sedang ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang.
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah