Saturday, September 29, 2018

PengalamanTemuduga SPP Calon Interim

Salam,. entri ini dikongsi sekadar ingin berkongsi pengalaman setelah melepasi fasa temuduga April tahun lepas. Bagi yang tidak follow entri aku sebelum ini, aku perkenalkan diri semula.. aku adalah calon interim yang banyak naik turunnya sebelum sampai ke fasa temuduga. Tapi syukur Alhamdulilah, dengan fasa interim inilah, aku berjaya diserap menjadi guru.  Terima kasih Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem. CM terdahulu yang memperkenalkan dasar 90.10 untuk pendidikan di Borneo..

Baiklah, dipendekkan cerita. aku ingin berkongsi secara ringkas apa yang patut dilakukan sebelum menghadiri temuduga.

*aku akan sentiasa update tips ini secara berperingkat. So, stay tuned ya.. 



Dokumen lengkap
Ini adalah kunci segala persiapan. Dokumen yang wajib disenaraikan dalam laman web perlu ada disertakan dengan sijil yang telah disahkan. Jangan buat last minute untuk sahkan di tempat interview walaupun pusat IV adalah kampung halaman kau sekalipun. Siapkan semua dokumen yang ada. Check la walau berpuluh kali. (sebab aku sendiri pernah kalut sebab tercicir Sijil Lahir dalam fail). Kemudian, masukkan dalam fail hitam. Jangan guna fail warna lain ya. Beli siap-siap.
Dulu masa interview. aku guna fail kuning. Last-last bila aku tengok kawan kawan aku guna fail hitam. Aku pun terus tukar... Bila dah tukar fail.. kan tukar 2 3 kali nak susun dokumen lagi.. dan masa terbazir begitu sahaja.. 

Susun dokumen mengikut urutan 
lengkap semua dokumen dalam fail. Susun ikut urutan.

1⃣Kad Pengenalan
2⃣Sijil Lahir
3⃣Sijil Spm
4⃣Sijil berhenti sek men
5⃣Sijil Pengiktirafan JPA dan MQR
6⃣Surat Tawaran PPISMP, PISMP, Sijil Tamat PPISMP
7⃣Surat Tamat Pengajian (Download dari sistem ITEMS)
8⃣Slip exam transkrip PPISMP  dan PISMP Sem 1- 8
9⃣Semua sijil Pencapaian Tinggi & Kokurikulum

credit to this blog 

Bagi yang masih ada masa, buat la divider siap-siap. nampak la unsur unsur kekemasan dalam Fail. So, bila kau nampak orang buat Divider fail di tempat IV, takdalah kau cuak sangat kan?

Pakaian 
Ikutlah etika pemakaian yang sepatutnya untuk menjadi guru. Jubah, kebaya tu boleh simpan dulu. Pakai baju kurung dan blazer hitam. Kasut bagi perempuan, seelok-eloknya guna kasut yang bertutup. sebab? selalunya dalam bilik interview, korang tak kan duduk dengan adanya penghadang seperti meja. so, bila korang duduk tu.. Interviewer tu memang dia tengok kau dari hujung anak tudung.. ke hujung kuku kaki. So, siapa yang pakai wedges tu.. Boleh pakai lepas masuk bilik Interview.. sebab bagi yang jarang dan  dah lama tak berkasut tumit tu, boleh tahan jugak sakit kaki.. 

Rancangan Pengajaran Harian 
pastikan korang bawak je RPH yang ada. Sama ada yang korang buat masa prktikum atau yang korang buat  masa mengajar di sekolah. sebab ada certain interviewer, mereka akan belek semua RPH yang ada. pastikan itu memang RPH korang. jangan ambik RPH lain. sebab ada jugak yang akan bertanya isi isi dalam RPH. contohnya korang ajar apa. langkah pengajaran bagaimana? kalau tak sama dengan penerangan korang.. agak sukar di situ ya. pastikan korang hadamkan semua isi kandungan RPH tu. 

Salinan Dokumen 
semua salinan dokumen,aku sarankan korang masukkan dalam sampul putih size a4. rasanya sudah dimaklumkan. kalau takda sangat pun, guna la yang biasa tu. yang perang tu. seelok-eloknya labelkan atau tuliskan maklumat korang di sampul luar surat.
Contoh : Nama, Sekolah berkhidmat, Jurusan, No telefon.. ( Ini penting sebab calon ramai, mana tau sampul atau dokumen di dalamnya tercicir/ tertukar.. so better prepare la.. kalau rasa tulisan tu tak berapa kemas / kecil.. print dan tampal siap siap.

Sijil 
Selalunya mereka akan minta sijil terkini dan penglibatan tertinggi. kalau zaman U kau kurang menyerlah dan takda sijil. bawak je la Sijil  masa Interim yang pihak sekolah bagi.. Contohnya sijil kau selaku AJK perkhemahan misalnya.. so, nampak la sikit penglibatan kau sepanjang kau berkhidmat.. ambil yang terbaik dan tertinggi. tapi kalau kau rasa nak bawak semua.. ambik yang terkini. jangan  ambik yang sijil sekolah menengah tu lagi..


Soalan 
selalunya akan dapat soalan berperingkat. pertama, soalan umum. kedua soalan dalam cabang pendidikan. ketiga soalan pencapaian di sekolah, (apa penglibatan dan pengalaman korang sepanjang interim), Keempat, RPH, kelima elemen KBAT / PAK21, Keenam soalan berfokus ikut situasi.. dia akan bagi pelbagai soalan. jadi, kalau ada kumpulan lain yang masuk sebelum korang, jarang berlaku pengulangan soalan untuk yang keenam tu..

*update: kumpulan aku dapat soalan lebih kepada kokurikulum sebab 3 orang calon dalam bilik temuduga major PJ.
Soalan : apa proses untuk bawak murid keluar (MSSB/MSSN misalnya)- so sebab ada 3 orang calon. kau kena pastikan, kau boleh explain dengan baik. selamat kalau kau calon pertama... kalau kau calon ketiga.. pastikan penerangan kau lebih baik dari dua calon sebelumnya. Jangan ulang semula poin mereka. Kalau nak ulang pun..
*saya bersetuju dengan pandangan cikgu A dan cikgu B......................* saya ingin menambah sedikit....................

Sarapan pagi
Jangan lupa untuk sarapan pagi. Walaupun nampak remeh, namun itu akan mengganggu tumpuan kau masa interview. Gap untuk setiap calon kadang kadang agak jauh. bergantung kepada susunan yang ditetapkan. Kalau kau datang awal pagi, tiba-tiba turn kau tengah hari. Maka, kau akan hilang fokus untuk membuat pembacaan terakhir..so, kena la sarapan untuk alas perut tu.. 


Bertanyalah kepada calon-calon yang dah lepas fasa interview.. 
ini memang aku selalu buat. aku akan pm semua cikgu cikgu yang dh lepas. paling senang yang baru posting tu. sebab soalan mereka tidak akan jauh tersasar dari soalan yang bakal kita jawab. selalunya cikgu-cikgu ni baik orangnya.. mereka akan respon, malahan tips tambahan akan diberikan. mereka juga akan berkongsi pengalaman di bilik temuduga..

ramai jugak junior senior yang aku tanya sebelum ni.. terima kasih banyak korang yang kerap respon bila aku tanya tu.. aku hargai sangat tau.. :) 


last buat not least.. berdoalah semoga diberi kekuatan dan kelapangan hati di bilik temuduga. Semoga Allah lancarkan lisan dan tenangkan perasaan. InshaAllah, akan dimudahkan.. 

tips yang aku berikan ni sekadar perkongsian aku.. kalau ada silap dan berlaku ralat dan ketidaksamaan.. minta maaf banyak ya.. semoga kalian berjaya...

kepada yang masih was-was dapat ke tidak tu.. boleh check link di bawah ya..

Semakan Panggilan Temuduga

Entri ini akan aku update semula di post yang sama.. bila aku ingat balik apa yang aku ingat masa sesi temuduga tahun lepas ya.. 

#sayaguruinterim





Monday, October 30, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAPC) SMK Kemena

Salam semua... Rasanya sudah setahun blog ini tidak diupate. Sejak memasuki fasa kerjaya ini.. sudah terlalu lama tidak menaip. Menaip di sini selepas terdetik melihat status facebook seorang rakan di facebook. Sudah lama tidak menaip katanya. Maka, rajin la jugak menaip di sini malam ini untuk menceritakan serba sedikit aktiviti sekolah. Oh ya.. sekarang aku telah pun menjadi  guru di SMK Kemena.. sudah pun dipostingkan di sini.. syukur alhhamdulilah.. Kalau nak diceritakan fasa interim itu bagaimana. Rasanya 2 3 kali post pun memang tidak akan habis.. Namun, pada malam ini, ketika post ini ditaip, memang terdetik rasa bersyukur.. Alhamdulilah rezeki masih dalam bidang pendidikan.. :)

Baiklah, kali ini sekadar ingin menceritakan program sekolah beberapa hari yang lepas, iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017.  Majlis ini merupakan majlis APC pertama yang aku sertai. Pada tahun lepas, aku tidak menyaksikan dan tidak terlibat atas sebab komitmen di luar sekolah Maka, pada tahun ini, aku ditugaskan untuk mengetuai AJK Publisiti dan Dokumentasi. Skop tugas mungkin aku cerita di entri lain. Entri ini aku nak simpan beberapa gambar yang berkaitan..

Pasukan Kompang Sekolah 

 Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan iringan bungga manggar dan paluan kompang oleh para murd. Lazimnya di sekolah aku, murid memang akan memakai costume iban. Memang cantik. Mereka akan mengiringi tetamu sehingga ke barisan hadapan.


 Majlis pada hari itu, dmulakan dengan tarna pembukaan oleh para penari sekolah. Mereka mula mempersembahkan tarian Melayu. Majlis terus diteruskan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Puan Pengetua dan seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Pengetua. Majlis tersebut menjadi semakin menarik dengan gimik perasmian oleh Cikgu Yeo dengan pasukan robotiknya. Pasukan Robotik ini telah mewakili sekolah ke Pertandingan Robotik Kebangsaan pada Jun lepas.




Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid..  Seperti biasa, majlis seperti ini akan dihadiri oleh ibu bapa. Mereka hadir bagi menyaksikan pencapaian anak anak semasa sesi persekolahan. Malah, ada yang datang awal ke sekolah bersama sama dengan anak-anak walaupun majlis bermula sekitar jam 8.00 pagi.




murid-murid beratur di tepi dewan bagi memudahkan dan mempercepatkan majlis.







Terdapat beberapa persembahan menarik yang menjadi santapan mata dan halwa telinga para tetamu yang hadir. Antaranya ialah persembahan Tarian, SWAY, senam kenyalang, War Cry dan persembahan Kugiran di bawah seliaan Cikgu Leanza dan Cikgu Hafizah.

Senam Kenyalang

War Cry

Antara wajah wajah penerima 


 di bawah adalah beberapa keping gambar yang aku ambil. Hampir separuh daripadanya adalah murid yang aku "tatang ibarat minyak yang penuh" baik di dalam kelas atau semasa aktiviti kokurikulum. :P
Bintulu Scouts Challenge Squad 

skuad kawad kaki Unit Beruniform 


Terbaik Tingkatan 1B

Terbaik Bahas Melayu tingkatan lima..
Ex- Debaters aku :) 

my lovely student 1H.
baik baik je diorang nih dalam kelas.. :P 

team Bola Tampar... 

:) 

;) 
 Last but no least..  Penerima Anugerah Kokurikulum.. Siti Nursahara... 
aku kenal budak ni 1st time masa program Bahasa Melayu.. terjebak sehingga ke Drama Kemerdekaan. Terjebak lagi sehingga ke Syarahan kalau tak silap.. slot perkhemahan pengakap.. dan yang paling latest rasanya Bahas ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang). 

cita-citanya nak jadi cikgu.. :P

....................

Selamat meneruskan perjuangan buat sahabat seperjuangan..

Selamat meneruskan khidmat di tempat baru..
Jasa dan budi baik kalian di SMK Kemena tidak akan pernah dilupakan..

Cikgu Jamilul 

Cikgu Pelaga

Maka... dengan itu berakhirlah Majlis Anugerah pada Sabtu lepas.. 
Jumpa lagi di lain entri...



Wednesday, December 14, 2016

Temuduga SPP interim Sarawak..

Setelah lama tidak mengupdate blog.. kali ini menaip sedikit untuk coretan peringatan dan kenangan.. pada 6 Disember yang lalu.. saya telah menghadiri temuduga di Pusat Temuduga Cawangan SPP di Sarawak..

Syukur Alhmadulilah.. setelah menempuh pelbagai onak duri selepas selesai majlis nikah abang di Limbang.. segala galanya berjalan lancar.. terima kasih untuk ahli keluarga yang menjadi tulang belakang sepanjang majlis dan proses interview di Kuching..



Kebanyakan soalan adalah berkisar berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Ciri ciri Guru berkualiti, Pembelajaran Alaf 21 dan Soalan Major Berkenaan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.

Soalan memang kaw kaw. So bagi yang belum study.. memang kena bersedia fizikal dan mental. Bagi interview SPP kali ini, calon interim dikehendaki menjawab Soalan Psikometrik bagi Bahagian A dan B yang agak mencabar minda. Sesungguh nya saya berasa bernasib baik kerana saya melalui Ujian Psikometrik berbanding Ditemuduga terlebih dahulu..

Bagi Ujian Psikometrik, soalan lebih kepada ujian berbentuk logikal dan psikologikal. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kepantasan dan ketelitian sebab masa yang diperuntukkan sangat terhad.

Cara pengendalian interview ini adalah lebih kurang dengan sesi sesi lain. Atas sebab itu, dokumen perlu diteliti dengan lebih baik. Sijil kokurikulum yang diperlukan adalah lebih kurang 10 keping. pastikan telah disahkan terlebih dahulu.

Yakinlah dengan setiap ujian.. habis interview.. doa saja lagi.. :P

Thursday, March 10, 2016

Temuduga Ketiga - Guru Interim

Pada Rabu yang lepas, merupakan tarikh harapan dan yang ditunggu tunggu oleh kami. Kebanyakan graduan Pendidikan dari Negeri Sarawak yang telah menghantar data anak watan, telah dipanggil untuk ditemuduga. Secara keseluruhan, graduan yang dipanggil merupakan graduan pendidikan yang merupakan anak watan Sarawak yang sememangnya telah tamat pengajian secara rasmi. Lokasi temuduga adalah bergantung kepada lokasi paling dekat iaitu Sibu, Bintulu, Miri, Kuching dan Limbang. 

Secara keseluruhannya, kalau yang bertanya kepada saya, bagaimana sesi temuduga ini. Saya dapat merasakan ia seperti interview SPP setaraf dengan graduan pendidikan yang lain yang telah dilantik menjadi guru. Sama ada lepasan IPG ataupun graduan IPTA. Hal ini kerana, saya sendiri juga telah mendapat tips dan panduan interview dari mereka. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. 

Proses interim ini bermula dengan kutipan data anak watan yang lepas. Selepas sekian lama, kami telah mendapat peluang untuk menghadiri interview. Seperti biasa, JPNS akan mengeluarkan notis baru di laman web. Selepas itu, anda akan menerima sms. mungkin disebabkan temuduga kami dijalankan  dalam tempoh terdekat, surat panggilan temuduga belum kami terima. dan kami hanya membawa dokumen lampiran yang ada di laman web. 

Seperti biasa, semua keperluan dokumen perlu disediakan terlebih dahulu. Apa yang menjadi nadi untuk bakal guru adalah RPH. saya merasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah membawa balik RPH sepanjang berpraktikal di SMKRMM tahun lepas. Alhamdulilah. semua lengkap. Cuma disebabkan RPH ini saya letakkan di dalam kotak bersama barangan tamat pengajian. Kulitnya agak uzur dan comot. Bagi sesiapa yang bakal interview. Boleh kemaskan balik dan kemaskin buku RPH anda bagi memastikan anda berkeyakinan untuk menghadiri sesi temuduga. Selain itu, salinan dokumen perlu disahkan sama seperti kita masuk U dulu.. :). selesai pengesahan.. boleh menarik nafas lega.. 

Selesai bab dokumen. Saya sangat menitik beratkan soal pakaian. Ini kerana, pakaian mencerminkan personaliti dan kredibiliti anda semasa temuduga. Saya memilih baju kurung plain sedondon dengan tudung. Saya dinasihatkan untuk memakai baju kurung. Tidak perlu berfesyen. hahahaha.. Tudng bawal biasa boleh pakai. tak perlu bercorak. bermanik... hanya pakai tudung yang ringkas sahaja. Bagi yang ingin memakai blazer. digalakkkan juga. Ini kerana, temuduga SPP juga meminta semua calon menggunakan blazer rasmi.. bagi perempuan 2 butang. Kasut pula, pastikan kasut yang ada tumit. bukan wedges ok... stoking hitam.. dan pakai nametag. Bagi yang ada nametag lama, tidak perlu membazir membeli nametag baru. pakai nametag yang ada bagi memudahkan para interviewer mengenali anda. 

tudung plain.. blazer.. nametag.. 
Selesai untuk dokumen dan pakaian. Aspek lain yang perlu dikuasai sebelum interview adalah asas pengetahuan anda berkenaan pendidikan. Anda perlu mengetahui secara umum dan khusus isu semasa, komponen asas pendidikan, fakta, polisi, piagam dan sebagainya. Secara totalnya, saya sendiri merasakan proses ini adalah proses paling sukar. Ini memerlukan masa berhari hari... untuk menghafal dan menelaah. Kini barulah saya perasan. Beza ujian menulis ketika Peperiksaan Akhir. memang jauh beza... hahahaahah.. Perit dan derita itu demi satu interview adalah pengalaman yang sangat mencabar sebenarnya..  Isu yang mungkin disoal adalah PPPM, cabaran dunia pendidikan. tugas guru, pembelajaran alaf 21, isu semasa, penggunaan teknologi, perpaduan dan sebagainya. Pendek kata, interviewer akan menyoal anda bermacam macam soalan yang tidak terjangka oleh akal fikiran. Ini kerana pada firasat mereka, anda telah bersedia dan layak untuk ditemuduga... 

Apabila tiba di hari kejadian. pastikan datang awal... Ini bagi membolehkan anda membuat final touch up. Anda boleh berkenal kenal dan calon lain. Ini membantu bagi mengurangkan rasa gugup. Selain itu, anda boleh berkongsi maklumat bagi membolehkan sesi temuduga berjalan lancar... 

bersarapan pagi.. elakkan heavy breakfast.. :)
Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga Interim ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi. Lebih lebih lagi etika semasa di ditemuduga... 

Akhir kalam, buat semua calon yang telah ditemuduga.. marilah kita sama sama berdoa.. semoga ada rezeki untuk kita.. kerana kita semua telah membuat persiapan dan persembahan yang terbaik. Semoga ada rezeki kepada kita semua untuk menjadi pendidik. Terima kasih semua.. terima kasih semua calon lain yang masuk bersama.. anda semua memang hebat.. :) 

Terima kasih semua.. 


semakin tinggi harapan.. semakin tinggi kekecewaan.. mak aih.. takutttttt 

Wednesday, February 24, 2016

Hasil Tangkapan Ikan di Mukah

Mukah begitu sinonim dengan hasil laut seperti ikan dan udang. Apabila menjelang musim tangkapan yang banyak, ikan dan udang ( payak) boleh dibeli dan diborong dengan harga yang berpatutan. 

Lazimnya untuk mendapat hasil laut yang segar, penduduk tempatan akan datang ke pasar ikan pada waktu pagi. kebanyakan nelayan akan menjual dan menghantar hasil tangkapan pada waktu pagi. 

Ketika hujung minggu, pasar ikan Mukah menjadi sesak dan menerima kunjungan yang memberansangkan. Ramai di antaranya yang memborong untuk dibawa keluar dari Mukah, ada yang membeli untuk jualan di restoran dan ada juga yang membeli untuk makanan sendiri. 





Seringkali dilihat ada juga yang tawar menawar untuk mendapat harga yang diinginkan. Antara ikan yang sering menjadi tumpuan adalah ikan bawal, tongkol, kembong dan udang (payak).



Bagi yang ingin merasai Umai. Anda boleh membel di Pasar Ikan beserta dengan pencecahnya. Lazimnya kini umai ini dijual dalam belasan ringgit bagi satu kontena saiz sederhana. Bagi yang ingin membawa umai untuk dibawa balik dalam lokasi yang jauh, anda boleh meminta ais tambahan bagi mengelakkan umai itu rosak sebelum tiba ke destinasi. 


Terdapat juga beberapa peniaga tempatan yang menghasilkan paeh ikan dan paeh udang. Paeh adalah ikan atau udang yang dibakar dalam daun. Di Mukah, apabila menjelang musim udang, banyak gerai gerai di kampung yang menjual paeh. Maka, kepada sesiapa yang ingin merasainya, boleh lah berkunjung dan bertanya kepada penduduk tempatan di sini. Lokasinya adalah tidak tetap dan bergantung kepada hasil tangkapan ikan setempat.  



Semoga hasil tangkapan ikan di Mukah sentiasa berhasil. Saya selaku warga tempatan bersyukur kerana dapat menikmati hasil tangkapan ikan yang segar. Syukur alhamdulilah... 

credit this photo to Mukah oh Mukah Page 



 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah