Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia Milik Negeri Sembilan.. :)



NEGERI SEMBILAN kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu.
Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.
Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.
Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.
Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.
Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.
Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.
Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.
Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.
Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari kelab T-Team, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.
Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.
- Kosmo

Credit to Bernama

Forum Alam Sekitar ;)

syukur alhamdulilah.. bertambah satu penyertaan untuk pengucapan awam di Upsi pada hari ini.. Gigih balik awal dari Gerik, setelah menerima sms dari Mus.. :)

Aktiviti ini merupakan anjuran Kelab Geografi dan Persatuan Pengurusan Persekitan Malaysia.. 
;)
dengan penampilan 3 bunga 1 kumbang.. 
dari kiri.. 
saya, mus, zalie dan husna.. 



zalie, din, syam

dan inilah juaranya.. 

untuk pengerusi terbaik.. 
saudari Nuraini Munawar.. 
dan kumpulan paradigm ini juga telah mendapt Johan.. 
menewaskan 7 pasukan lain.. 

Tahniah unntuk pasukan yang menang.. 
dan untuk yang kalah.. jangan pernah mengalah.. 
:)
insyaAllah. kita semua dah buat yang terbaik.. 

terima kasih semua... 
:) 

saya memang tidak dapat lari untuk terlibat dalam pengucapan awam.. 
maaf.. minat saya terlalu mendalam dalam bidang ini.. 
maaf fakulitku.. anda agak dianak tirikan dalam entri kali ini..

Apapun.. 
Negeri Sembilan telah menewaskan Terengganu malam ini.. 

Setiap pertandingan.. pasti ada kalah dan menangnya.. :)
kalau anda tidak masuk bertanding.. anda tidak akan tahu.. anda berada di tahap mana.. ;) 





Friday, October 28, 2011

Forum





saya harap.. 
saya gigih bercakap esok.. 
sama seperti gambar di atas... 

untuk semua peserta forum esok.. 

Good Luck.. 
All the best.. 

dah lama aku tak jumpa ahli kelab debat.. 
tiba tiba rindu pulak... 

eh.. ! 
jaket debat aku basah... :(
uwa.. rugi basuh tadi... ! 
tak kena timing betul la.. :(




Sunday, October 23, 2011

Ujian Kemahiran Renang.. ;) Selamat Berjaya kawan kawan.. !


Sudah lama tak nampak aksi terkapai kapai bak kata Arab
kenapa la hari nie ada test.. 
test swimming x guna kicking board... 
aku jew yang wat analisis sendiri.. 
walaweh.. 

how sweet la.. 


My Coursem3.. 
Good Luck.. !
owh.. 
saya suka air.. 
saya suka berenang.. 
terima kasih.. !

Saturday, October 22, 2011

Muncul LiVe di Kaca Tv.. teruja bukan.. ! ;)





Anda pernah menonton rancangan Dialog?Rancangan ini disiarkan di TV1menngambil kira isu isu semasa.. yang wajar untuk dibincangkan.. saya.. bertuah untuk menonton dan menghadiri rancangan inilife di angkasapuri rtm kuala lumpur.. :)bersyukur sangat.. pergerakan dari Tanjung Malik ke KLdengan menaiki bus yang disediakan RTM yang sangat selesa.. 


Inilah kawan kawan saya yang turut serta.. 
Majlis Dialog ini.. dhadiri oleh.. 
Yang Berbahagia Dr. Nadzri YahayaKetua Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
 isu yang dibincangkan adalah... 
eh 
eh 
eh. 
nak tau eh?
tonton la rancangan ini 26 Oktober nanti
tv 1
jam 10 malam
life tau.. 
:)
ada la muka pelajar2 upsi di atas.. 
penonton jew pun..
bila la tunggu aku nk diwanwancara mcm tuan pengarah nie.. 
:)


bila tamat sesi dialog.. 
sara dan yan pun bergambar
tp sebab lampu studio dah ttp
gambar nie nampk malap sikit


dan saya pun turut mengambil peluang mengambil gambar
bersama tuan pengarah
eh. skema jew rupa aku.. 
memang!
mereka pun tak lepaskan peluang.

habis bergambar kt dalam
bergambar pulak kat luar.. 
:)



dan apabila pengacara keluar
kami pun ajak la bergmbar.. 
;)
bukan selalu kan.. 
dapat bergambar ngn pengacara TV nie.. 

dan saya pun.. 
bajet ingin menjadi pengacara spt beliau.. 
;)

dan lastly.. 
kami dapat la sedkit cenderamata
alhamdulilah.. 

kami balik berhujan.. 
penat

dan akhirnya.. 
;)
tercipta la satu memori baru
jangan lupa
tonton Rancangan Dialog Deepvali ini.. 
;)
mmg la tak nampk sebijik muka aku.. 
tp scene tu.. best gk tengok
next aku pg. 
aku nk melawa la. 
mana taw dapat anugerah ke.. 
peh... !


keh2x. 
dah berhenti merapu. sekian untuk entri kali ini.. 
zassssssssssssssss!!!!





Friday, October 21, 2011

You- Nur Jannah Alia


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.



how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.





p/s : aku suka lagu nie.. 
touching jew bla dengar..  

2 Entri Sukan..


Chong Wei ke separuh akhir

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Datuk Lee Chong Wei hanya memerlukan 47 minit untuk menyingkirkan bekas juara dunia, Chen Jin 21-14, 21-19 dan melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark di Odense, semalam.
Jaguh No. 1 dunia itu kini bakal berdepan pemenang di antara dua pemain tuan rumah berlainan generasi, iaitu jaguh veteran berusia 35 tahun, Peter Hoeg Gade atau juara remaja dunia berusia 17 tahun, Viktor Axelsen pada separuh akhir esok.
Kemeriahan kejohanan lumayan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu bagaimanapun sedikit terencat selepas hasrat peminat untuk melihat Chong Wei menentang musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir tidak kesampaian apabila bintang China itu kalah mengejut 10-21, 21-17, 19-21 kepada pemain bukan pilihan Hong Kong, Wong Wing Ki pada pusingan ketiga semalam.
Chong Wei yang merupakan juara Terbuka Denmark 2005 dan 2006 gagal merangkul kejuaraan dalam dua kejohanan terakhir yang disertai - Kejohanan Dunia di London, Ogos lalu dan Terbuka Jepun, bulan lalu.


Qatar Classic: Nicol rangkul kejuaraan kelima

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Nicol David menebus kekalahannya pada kejohanan skuasy Terbuka Australia minggu lalu dengan merangkul kejuaraan Qatar Classic buat kali kelima di Doha, semalam.
Pemain berusia 28 tahun itu langsung tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pemain veteran Ireland, Madeline Perry 11-2, 11-7, 11-3 dalam masa 33 minit, sekali gus membawa pulang gelaran Jelajah Wispa (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita) kelima tahun ini selepas turut muncul juara Terbuka Kuala Lumpur, Terbuka Cayman Islands, Terbuka Malaysia dan Terbuka Australia.
Malah, kemenangan tersebut memberi suntikan motivasi buat bintang skuasy negara itu untuk usaha mempertahankan kejuaraan dunia di Rotterdam, Belanda pada 28 Oktober hingga 4 November ini.
Nicol juga mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan Qatar Classic selepas memenangi gelaran sejak kali pertama beraksi pada 2006, diikuti 2007, 2008, 2010 dan 2011.
credit to utusan Malaysia.. :) 

Thursday, October 20, 2011

Special Trip ;)

just want to share.. 
a few pic of us.. 
at Tugu Negara & Parlimen.. 

3 of us.. 
Yan Sara and me.. 


we love this picture.. 

candid from mr Syed



in front of tugu negara

4 of us.. 


with the members of Orator Kelab.. 





thats all from us.. 
:)

i 'll upadate next time.. 
:)




 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah