Salam,. entri ini dikongsi sekadar ingin berkongsi pengalaman setelah melepasi fasa temuduga April tahun lepas. Bagi yang tidak follow entri aku sebelum ini, aku perkenalkan diri semula.. aku adalah calon interim yang banyak naik turunnya sebelum sampai ke fasa temuduga. Tapi syukur Alhamdulilah, dengan fasa interim inilah, aku berjaya diserap menjadi guru. Terima kasih Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem. CM terdahulu yang memperkenalkan dasar 90.10 untuk pendidikan di Borneo..
Baiklah, dipendekkan cerita. aku ingin berkongsi secara ringkas apa yang patut dilakukan sebelum menghadiri temuduga.
*aku akan sentiasa update tips ini secara berperingkat. So, stay tuned ya..
*aku akan sentiasa update tips ini secara berperingkat. So, stay tuned ya..
Dokumen lengkap
Ini adalah kunci segala persiapan. Dokumen yang wajib disenaraikan dalam laman web perlu ada disertakan dengan sijil yang telah disahkan. Jangan buat last minute untuk sahkan di tempat interview walaupun pusat IV adalah kampung halaman kau sekalipun. Siapkan semua dokumen yang ada. Check la walau berpuluh kali. (sebab aku sendiri pernah kalut sebab tercicir Sijil Lahir dalam fail). Kemudian, masukkan dalam fail hitam. Jangan guna fail warna lain ya. Beli siap-siap.
Dulu masa interview. aku guna fail kuning. Last-last bila aku tengok kawan kawan aku guna fail hitam. Aku pun terus tukar... Bila dah tukar fail.. kan tukar 2 3 kali nak susun dokumen lagi.. dan masa terbazir begitu sahaja..

Susun dokumen mengikut urutan
lengkap semua dokumen dalam fail. Susun ikut urutan.
1⃣Kad Pengenalan
2⃣Sijil Lahir
3⃣Sijil Spm
4⃣Sijil berhenti sek men
5⃣Sijil Pengiktirafan JPA dan MQR
6⃣Surat Tawaran PPISMP, PISMP, Sijil Tamat PPISMP
7⃣Surat Tamat Pengajian (Download dari sistem ITEMS)
8⃣Slip exam transkrip PPISMP dan PISMP Sem 1- 8
9⃣Semua sijil Pencapaian Tinggi & Kokurikulum
credit to this blog
Bagi yang masih ada masa, buat la divider siap-siap. nampak la unsur unsur kekemasan dalam Fail. So, bila kau nampak orang buat Divider fail di tempat IV, takdalah kau cuak sangat kan?

Pakaian
Ikutlah etika pemakaian yang sepatutnya untuk menjadi guru. Jubah, kebaya tu boleh simpan dulu. Pakai baju kurung dan blazer hitam. Kasut bagi perempuan, seelok-eloknya guna kasut yang bertutup. sebab? selalunya dalam bilik interview, korang tak kan duduk dengan adanya penghadang seperti meja. so, bila korang duduk tu.. Interviewer tu memang dia tengok kau dari hujung anak tudung.. ke hujung kuku kaki. So, siapa yang pakai wedges tu.. Boleh pakai lepas masuk bilik Interview.. sebab bagi yang jarang dan dah lama tak berkasut tumit tu, boleh tahan jugak sakit kaki..
Rancangan Pengajaran Harian
pastikan korang bawak je RPH yang ada. Sama ada yang korang buat masa prktikum atau yang korang buat masa mengajar di sekolah. sebab ada certain interviewer, mereka akan belek semua RPH yang ada. pastikan itu memang RPH korang. jangan ambik RPH lain. sebab ada jugak yang akan bertanya isi isi dalam RPH. contohnya korang ajar apa. langkah pengajaran bagaimana? kalau tak sama dengan penerangan korang.. agak sukar di situ ya. pastikan korang hadamkan semua isi kandungan RPH tu.
Salinan Dokumen
semua salinan dokumen,aku sarankan korang masukkan dalam sampul putih size a4. rasanya sudah dimaklumkan. kalau takda sangat pun, guna la yang biasa tu. yang perang tu. seelok-eloknya labelkan atau tuliskan maklumat korang di sampul luar surat.
Contoh : Nama, Sekolah berkhidmat, Jurusan, No telefon.. ( Ini penting sebab calon ramai, mana tau sampul atau dokumen di dalamnya tercicir/ tertukar.. so better prepare la.. kalau rasa tulisan tu tak berapa kemas / kecil.. print dan tampal siap siap.
Sijil
Selalunya mereka akan minta sijil terkini dan penglibatan tertinggi. kalau zaman U kau kurang menyerlah dan takda sijil. bawak je la Sijil masa Interim yang pihak sekolah bagi.. Contohnya sijil kau selaku AJK perkhemahan misalnya.. so, nampak la sikit penglibatan kau sepanjang kau berkhidmat.. ambil yang terbaik dan tertinggi. tapi kalau kau rasa nak bawak semua.. ambik yang terkini. jangan ambik yang sijil sekolah menengah tu lagi..
Soalan
selalunya akan dapat soalan berperingkat. pertama, soalan umum. kedua soalan dalam cabang pendidikan. ketiga soalan pencapaian di sekolah, (apa penglibatan dan pengalaman korang sepanjang interim), Keempat, RPH, kelima elemen KBAT / PAK21, Keenam soalan berfokus ikut situasi.. dia akan bagi pelbagai soalan. jadi, kalau ada kumpulan lain yang masuk sebelum korang, jarang berlaku pengulangan soalan untuk yang keenam tu..
*update: kumpulan aku dapat soalan lebih kepada kokurikulum sebab 3 orang calon dalam bilik temuduga major PJ.
Soalan : apa proses untuk bawak murid keluar (MSSB/MSSN misalnya)- so sebab ada 3 orang calon. kau kena pastikan, kau boleh explain dengan baik. selamat kalau kau calon pertama... kalau kau calon ketiga.. pastikan penerangan kau lebih baik dari dua calon sebelumnya. Jangan ulang semula poin mereka. Kalau nak ulang pun..
*saya bersetuju dengan pandangan cikgu A dan cikgu B......................* saya ingin menambah sedikit....................

Sarapan pagi
Jangan lupa untuk sarapan pagi. Walaupun nampak remeh, namun itu akan mengganggu tumpuan kau masa interview. Gap untuk setiap calon kadang kadang agak jauh. bergantung kepada susunan yang ditetapkan. Kalau kau datang awal pagi, tiba-tiba turn kau tengah hari. Maka, kau akan hilang fokus untuk membuat pembacaan terakhir..so, kena la sarapan untuk alas perut tu..
Bertanyalah kepada calon-calon yang dah lepas fasa interview..
ini memang aku selalu buat. aku akan pm semua cikgu cikgu yang dh lepas. paling senang yang baru posting tu. sebab soalan mereka tidak akan jauh tersasar dari soalan yang bakal kita jawab. selalunya cikgu-cikgu ni baik orangnya.. mereka akan respon, malahan tips tambahan akan diberikan. mereka juga akan berkongsi pengalaman di bilik temuduga..
ramai jugak junior senior yang aku tanya sebelum ni.. terima kasih banyak korang yang kerap respon bila aku tanya tu.. aku hargai sangat tau.. :)
ramai jugak junior senior yang aku tanya sebelum ni.. terima kasih banyak korang yang kerap respon bila aku tanya tu.. aku hargai sangat tau.. :)
last buat not least.. berdoalah semoga diberi kekuatan dan kelapangan hati di bilik temuduga. Semoga Allah lancarkan lisan dan tenangkan perasaan. InshaAllah, akan dimudahkan..
tips yang aku berikan ni sekadar perkongsian aku.. kalau ada silap dan berlaku ralat dan ketidaksamaan.. minta maaf banyak ya.. semoga kalian berjaya...
kepada yang masih was-was dapat ke tidak tu.. boleh check link di bawah ya..
kepada yang masih was-was dapat ke tidak tu.. boleh check link di bawah ya..
Semakan Panggilan Temuduga
Entri ini akan aku update semula di post yang sama.. bila aku ingat balik apa yang aku ingat masa sesi temuduga tahun lepas ya..
#sayaguruinterim