Friday, July 26, 2013

Iklan Raya Yang Menyentuh Hati

Asal tiba menjelang hari raya.. lazimnya Petronas. Bernas dan sebagainya akan memaparkan iklan yang sangat memberi pengajaran kepada semua penontonnya... Mari kita hayati makna di sebalik iklan ini.. :) 
Semoga bermanfaat untuk semua.. 

Wednesday, July 24, 2013

Sudah Masuk Minggu kelima! Yeay!!!






23 August. walaupun kau lambat lagi.. akan ku harung dengan sabar dan tabah.. hahaha.. 

Tiba tiba rasa nak share status dari kak bieb nie.. Salah seorang senior debat yang cukup hebat.. :)  tidak pernah bersua muka.. namun dari status fbnya.. aku tahu.. dia adalah seorang yang cukup hebat dalam dunia perdebatan.. :) 

* (aku edit semula mengikut kesesuaian yang sesuai dengan susur galur dari mula aku masuk upsi.. sampai sekarang)

..........................................................


Sepanjang pengajian di universiti, teguran dari rakan-rakan mengenai cepat stress atau gelabah lebih adalah perkara biasa bagi saya.

Semester pertama di universiti dengan CGPA bawah 3 adalah perkara yang agak membimbangkan saya (itu adalah memori view result yang saya takkan lupa.. *semalaman menangis..* . Ada lapan semester yang perlu dilalui dan saya perlu meningkatkan momentum belajar. Azam saya adalah untuk mendapatkan ijazah kelas pertama. Bukan untuk merebut sebarang anugerah atau gelaran pelajar terbaik tetapi kerana saya perlu mendapatkan ijazah kelas pertama.

Terdetik rasa hati untuk menangguhkan pengajian dan bertukar kursus. Namun, rezeki penukaran tidak berjaya.. Tetapi saya gagahkan diri. saya perlu belajar untuk menerima hakikat. kerana ini adalah pilihan saya.. saya yang menandatangani untuk menerima pengajian di sinia.. saya perlu berusaha.. Saya perlu mendapatkan ijazah kelas pertama.

Saya cuma mahukan ijazah kelas pertama. Dengan ijazah kelas pertama, saya tidak perlu membayar yuran pengajian. Dengan ijazah kelas pertama saya dapat menukarkan terma pinjaman menjadi biasiswa. Dengan ijazah kelas pertama, emak dan ayah saya tidak perlu memikirkan kos pengajian anaknya. Dengan ijazah kelas pertama, peluang kerja pasti menjadi lebih cerah.

Maka, kini saya akan bersengkang mata, menghadap buku dan berusaha bersungguh menjelang peperiksaan. Setiap kali saya mendapat markah yang rendah dalam kuiz atau ujian amali.. saya akan bersedih. saya akan cepat tertekan. dan stress. kerana saya tahu.. ia akan mempengaruhi CGPA saya.. siapa yang akan membantu saya? kalau bukan diri saya sendiri..


Dari semester dua.. apabila saya jatuh dengan teruk.. saya berusaha bangun.. walaupun dalam semester dua. saya memang cengeng dan cepat tertekan.. saya sentiasa mahukan kualiti yang terbaik.. saya cepat gelabah bila kerja yang saya hasilkan tidak berkualiti seperti orang lain. Saya mula membuat perbandingan.. kenapa mereka mampu.. apa yang perlu saya lakukan.. saya perlu berusaha.. kerana saya tahu.. saya tidak sehebat mereka.. kerana saya tahu.. saya masuk ke sini... bukanlah sama seperti kelebihan yang mereka ada.. saya tahu.. saya jauh berbeza.. Maka.. dengan itu. .saya perlu mendapat ijazah kelas pertama...

Semester khas.. saya rela korbankan ptptn yang masih bersisa. dengan sedikit ihsan adik beradik dan duit bentuan Baitulmal.. saya kembali menyambung semester khas. walaupun ramai yang menyangka saya dan sahabat saya mengikuti program Exchange Student.. saya diamkan saja. Kalau ada yang bertanya.. masing masing buat tak tahu saja.. kerana apa? kerana CGPA semester satu saya.. adalah tidak seberapa.. kerana saya tahu.. lebih banyak lagi dugaan dan peperiksaan yang perlu saya terima.. maka.. saya perlu berkorban.. Raya pertama.. akhirnya saya kembali untuk beraya di pangkuan keluarga..walaupun saya tahu.. kos pergi balik agak tinggi.. namun lebih tinggi lagi harapan saya.. untuk tampil dengan CGPA yang lebih bergaya..

Semester 4, dugaan paling hebat.. saya sudah hampir kandas di paper exam yang pertama.. saya tertinggal bekas pensel yang menjadi kekuatan utama untuk menjawab peperiksaan. Sejak dari peristiwa itu, saya mula sedar, saya cepat hilang fokus.. dan apabila tamat peperiksaan. saya tertekan dengan status penerimaan jawapan saya.. dengan penandaan dan penamaan atas kertas jawapan.. saya keliru.. adakah saya telah menjawab dengan betul dan adakah jawapan saya bernama.. 2-3 hari saya kalut memikirkan perkara tersebut. Syukur Alhamdulilah. pensyarah saya adalah pensyarah yang cukup memahami.. cukup faham.. betapa stressnya saya..akhirnya satu sms saya terima.. menyatakan semua kertas jawapan mempunyai id pengenalan..

Di semester yang sama.. saya juga keciciran kad matrik selepas menjawab kertas biomekanik.. Dengan adanya peperiksaan yang belum diduduki.. walaupun cuma perlu membayar rm50 untuk membuat kad matrik baru.. sedikit sebanyak, perkara tersebut menganggu emosi saya..

Kini, saya mulai sedar..

"Perubahan takkan terlaksana tanpa pengorbanan". Ya, saya setuju. Saya telah mengorbankan masa terluang di universiti dengan belajar bersungguh-sungguh, untuk mengubah status pinjaman menjadi biasiswa.. Segala galanya perlukan usaha.. kerana tanpa usaha itulah.. yang akan membuatkan saya alpa dan terleka..

Maka.. saya perlu meneruskan pengorbanan saya.. pengorbanan ke arah ijazah kelas pertama.. itu harapan dan doa saya.. doakan semoga ianya mampu saya laksanakan... hadiah buat ibu dan ayah tercinta..


Monday, July 22, 2013

Bila Kita Perlu Membuat Pilihan.. ~

Dulu nak sangat masuk UPSI.. 
Dulu bila dapat title substitute teacher. rasa macam syurga sangat.. 

Dik, kenapa masuk UPSI? dulu bukan sayang sangat pada UTHM.. 
rezeki bukan di situ agaknya.. 

dulu kan.. 
Bila masa interview.. Prof tu tanya. betul nak masuk upsi nie? ok ke course nie? kalau tak dapat macam mana? 

Bila dah dapat. macam seronok sangat.. Mak Abah seronok sangat.. siapa tak seronok anak dapat Universiti Perguruan.. 

Dulu masa sem 1.. stress tahap nak $%$#$#%$#^& dengan couse open market.. kalau antara 43 orang tu.. aku memang orang paling stress.. semangat nak tukar kemain.. last last tak dapat jugak... 

Dulu bila dah habis sem 1.. pointer macam %^T$$%@Q%^ rasa macam down sangat.. 
kena la ambik semester khas.. rela berkorban cuti. tiket flight.. balik 1 Syawal..  Sibling ambik ramai2x kat airport. waaahhhh.... 
Syukur pointer ok.... 

Bila dah habis sem 5.. dah boleh senyum sikit sikit.. 
Alhamdulilah. dah boleh adapt sikit sikit... 

Tapi hari ni.. bila ingat balik semua tu.. 

hati nak balik raya tahun nie.. pudar sikit..

Sebab aku rasa.. 
  1. kalau aku balik, report aku macam mana?
  1. cukup ke contact hour aku 8 minggu.. 
  1. stabil ke mental ke balik lepas 9 August.. 

Dan yang paling penting.. 
perjuangan aku dari minggu 1 sampai sekarang..  boleh ke capai target yang aku nak... 

boleh ke? 

sebab hati aku was was sekarang... 


Jadi.. kadang kadang.. kita perlukan pengorbanan.. 
=_=

Jadi.. mulai sekarang.. marilah kita siapkan satu Laporan berkualiti yang boleh dapat keputusan yang cemerlang. maka boleh la balik dengan riang ria. tanpa menyusahkan orang... jangan nanti. lepas kau balik.. sibuk sms Dr.. Sibuk sms kawan. sibuk tanya kawan kawan.. sibuk dengan semua orang.. biarlah kita sibuk sampai 23 August sahaja.. 24 balik yea oura.. sabar.. 

Wish Me Luck for Tomorrow.. :) 


Titik.. ! 


Hati orang kita tak boleh jangka.. Lain di Mulut.. Lain Di Hatinya.. ~ 


Thursday, July 18, 2013

Second Suprise from my Besties.. :)

Salam semua. .hari ni dah masuk 10 Ramadhan.. Alhamdulilah.. ;) Hari nk nak menaip entri terakhir berkaitan sambutan hari lahir yang lepas.. alhmdulilah..  such a big suprise from my besties.. thank you very much to all of you.. *tetiba rasa seronok pulak kalau sambut hari jadi masa ada kat TM nie. ramai pulak yang sponsor makan kek percuma.. hik2 .. 
cantik kek tu.. ;) sedap pulak makan berempat.. 
actually diorang nak buat suprise masa makan agaknya. tapi bila nampak kafe KHAR tu macam tak berapa nak sesuai.. diorang tiba tiba buat kat KZ.. 
:)
Terima kasih sahabat.. :)

jadi bila tengok kek tu. aku jadi excited.. wah.. cepat cepat semangat nk potong.. hahaah.. 



terima kasih untuk kalian bertiga.. 
Yun, Tanggi n Tim.. 
:) 

Thank you
special present from Yun..
Tq dear :) 
A stranger stabs you in the front; a friend stabs you in the back; a boyfriend stabs you in the heart, but best friends only poke each other with straws.

Geng Pantun.. muahaha.. :)

*(^&^&%^%^%$^&^)


Ewah.. 


entri birthday dah habis.. 
Lepas nie nak sambung entri pasal Ramadahan dan internship pulak.. 

Terima kasih untuk kawan kawan yang sambut birthday kita sempena yang ke 24 ini.. hahaha...

Eh.. untuk yang sambut birthday esok.. Happy Birthday Ktk!!! :) 


Tuesday, July 16, 2013

Happy Birthday Oura !

Salam Ramadhan semua.. :) Setelah mengambil masa yang agak lama untuk update, hari ni rajin kembali menaip semula sambutan Hari Jadi bersama rakan rakan sekratariat yang lepas.. lokasi, blok 6 kampus baru.. ;) Menyambut hari jadi di blok Fakulti.. ;) 


As usual, salah satu kerja masa internship adalah buat ujian melibatkan komponen fizikal pada atlet MASUM peringkat universiti.. Seharian kepenatan. ingat boleh la cuti.. its ok.. kadang kadang pengorbanan itu agak manis dan dan boleh menjadi kenang kenangan bukan? selesai membuat kutipan data, maka seperti biasa, sesi taklimat ringkas akan diadakan.. Tiba tiba.. di akhir minit mesyuarat.. 
.......................................................................


terima kasih ikhlas dari lubuk hati buat  pensyarah dan isterinya.. serta rakan rakan sekratariat yang mengingati sambutan hari lahir.. tiba tiba penat ambik data ujikaji hilang.. such a magic.. rasa happy sangat.. rasa dihargai sangat.. Terharu! 

walaupun pada mulanya.dalam hati cakap, "bila nak balik nie... hahaha. tengok kek.. rasa tak nak balik pulak.. ada ke patut!  hahaha

jadi kita pun semangat tiup lilin ngan anak pensyarah kita.. dua dua excited.. hahahaha.. 


eh eh.. over pulak pose aku kat sini.. hahahaha

makan...!!!  
hingga habis satu kek.. kuat kitorang makan.. 



dan di sinilah.. perang bermula.. 
sebenarnya ini adalah sambutan hari jadi pertama dalam seumur hidup.. 
hari jadi yang mencomotkan.. 





terima kasih kawan kawan semua.. :) 


Alhamdulilah... 
terima kasih untuk sambutan hari lahir yang ke 24 ini.. 
terima kasih untuk lecturer aku sebab sponsor kek.. :)
kek tu sedap sangat.. 
terima kasih banyak.. 


Semoga dengan peningkatan usia ini akan mematangkan lagi fikiran.. 

semakin tabah menghadapi dugaan.. 
semakin kuat menempuh cabaran... 

Alhamdulilah.. untuk hadiah hari lahir beberapa hari awal sebelumnya.. 
Tiada apa yang mampu menggembirakan selain hadiah buat mak dan abah di kampung... 

Mak.. 
Abah...
Rindu sangat.. .. 

Salam Ramadhan... :) 






sometimes you have to your own hero..


Kata seorang ahli bijak pandai, Dr Jusuf Arbianto, 
'Kadang-kadang tekanan itu perlu, ini membuatkan kita menjadi lebih waspada'.

7 Ramadhan.. 


"Perubahan takkan terlaksana tanpa pengorbanan".

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan :)

cake sponsored by my besties :) tq dear..  

Salam semua.. alhmadulilah.. 9 Julai.. genap la umur 24 tahun.. terima kasih kepada semua yang wish kat fb, sms.. dan yang buat suprise birthday celebaration.. 
serius terharu..:)
Alhamdulilah.. terima kasih kepada yang menceriakan ulang tahun kelahiran ini..

......................................................

Di kesempatan ini juga, nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.. Sama sama lah kita berdoa agar amal ibadah kita sentiasa bertambah dan menerima keberkatan dari Allah SWT....


Selamat berpuasa untuk umat Islam.... 


Selamat Ulang tahun kelahiran Oura.. 
:)

nanti cerita di entri seterusnya tentang birthday yang awesome nie..  

;)


Selamat beribadah.. 
:) 


Saturday, July 6, 2013

Julai Yang Manis Part 2

Salam semua, kembali menaip di sini untuk menceritakan edisi penceritaan Julai yang manis.  Seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas, sebaik sahaja tamat peperiksaan semester lima, aku dup dap dup dap tunggu result sambil pening pening ngan Internship aku. Last last aku decide nak buat kat bawah fakulti je, even sebelum ni aku pernah terfikir nak buat kat Gerik. Tapi, akhirnya nampak dalam minggu kedua nie, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat. Syukur sangat. Dah 2 minggu aku bergelar  pelatih di sini, sedikit sebanyak aku menimba ilmu. dan yang paling seronoknya minggu ni,  kami selaku pelatih di sini akan membuat membuat aktiviti dan ujikaji ke arah pembentukan Sport Scientist. Wow.. bunyi macam hebat je kan.. 




Berdekatan dengan bangunan ini la aku  menjalankan latihan indusri. Gambar ni pun aku snap masa aku tengah tunggu nak masuk kerja. 

Baiklah, habis sedikit dengan cerita berkaitan latihan industri, kembali kepada isi penceritaan utama. Alhmdulilah, semester ini keputusan  peperiksaan aku bertambah baik. Aku doa banyak banyak, mudahan aku mampu kekalkan momentum ni sampai sem 8. Aku bersyukur sangat. Alhamdulilah..
Terima kasih pada mak ayah yang sentiasa doakan aku yang jauh menuntut ilmu di perantauan . Aku paham, mak dan ayah aku hantar aku dengan harapan aku pulang dengan kejayaan yang ohsem. Sebenarnya masa final hari tu, aku ada lah jugak sipi sipi rasa malas. Tapi ada la kawan aku kat UTM tu pg duk chat kat fb.. 

ingatlah orang tua yang jauh di kampung.. 

Walaupun ayat itu simple.. 
tapi ia membawa seribu kesedaran dan pemahaman kepada sesiapa yang memahaminya. 

Bila di tengok aku relaks relaks online.. 
dia pun pesan.. 

awak kena ada rasa takut. . kena ada rasa gelisah.. baru "rasa" itu akan wujud.. kalau tak.. selagi itu.. awak akan relaks je.. 

Terima kasih ya Allah, sebab kau berikan aku petunjuk dan hidayah sebelum aku memulakan peperiksaan.. 


Di sini, aku sangat sangat berterima kasih kepada semua orang di sekeliling aku yang banyak tolong aku untuk dapat keputusan sebaik semester lima ini.. Terima kasih untuk pensyarah, kawan kawan dan semua rakan rakan yang tak putus bagi semangat.. Untuk team mates, hostel mates.. hee. tq banyak banyak atas hasil usaha kita semua.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan dan tulus hati budi kalian.. 

Aku manusia biasa, yang tak lari dari rasa malas, dan takda mood study, bila aku selak balik gambar dalam phone, ni la gambar yang pernah ambik masa nak  final.. :) 



Sekarang memang rutin aku dah pinjam buku motivasi. Walaupun bagi orang, benda itu nampak pelik. Sebab aku bukan jurusan psikology.  hahahaha. Buku yang aku pinjam kadang kadang buku mengenai stress. Pengurusan Masa, motivasi dan sebagainya. Walaupun buku itu kadang kadang aku selak bila aku rasa perlu. Tetapi sedikit sebanyak, ia dapat membantu.. memang berkesan.. :) 

rehab :) 

Lazimnya memang aku letak gambar mak ayah aku kat meja study. Ini akan memberi rangsangan psikologi untuk lebih kuat belajar. Rasa bila malas dan ngantuk sikit, bila tengok gambar diorang, rasa malas tu akan hilang.. dan rasa BERSALAH  itu pasti akan muncul.. 

 ni nota kecik.. 

Dari zaman aku diploma, sampai aku ambik degree sekarang, aku memang kena tulis nota kecik. Aku rasa lebih selesa. cuma yang lucunya,  kenapa la aku tak tulis dari awal sem.. Bila menjelang malam nak test, bila notes tu tak habis salin. Stress pulak aku tengok buku yang masih tebal. Monolog dalaman, banyak lagi menda yang tak salin lagi.. Jadi sem depan, kena ubah la.. kena tulis dari awal sem lagi.. 


Sebenarnya suasana dalam kolej juga aku rasa banyak membantu agaknya. Dari aku semester dua sampai semester lima, aku dah dapat ramai roomates dari berlainan Fakulti.  Jadi bila aku tengok roomates aku study tahap hyper. aku pun semangat nak study.. semua roomates aku memang ohsem.. 


suasana pagi di kolej kediaman..


Suasana petang..


media kit KPD..



;)

Apa pun.. 
Syukur Alhamdulilah untuk keputusan semester lima.. 


Semoga dapat mengekalkan momentum ini sehingga semester lapan..
InsyaAllah.. 

Ini adalah hadiah ulang tahun kelahiran yang manis.. 

Julai yang manis. 
:)
Sekarang boleh enjoy internship dan tak pening dengan result sem 5 dah.. 
:)

Alhamdulilah.. 
Sedang gigih berusaha untuk mendapat gred A untuk internship pula.. :)




Julai Yang Manis.. Alhamdulilah.. :)

Salam semua. Kembali menaip semula di blog di hujung minggu.  Syukur, tamat minggu kedua..  Khamis lepas result dah release.. Khamis lepas gak aku pindah kolej kediaman baru.. ;)



Latihan Industri berjalan dengan lancar walaupun kadang kadang aku moody tak tentu pasal.. +_+

Tapi mungkin sebab result sem 5 dah release.. tahap stress dan kebimbangan aku turun sikit.. 
Alhmdulilah.. 
Alhamdulilah... 

:)

Monday, July 1, 2013

Listen To Your Heart..


“Minds are like flowers, they only open when the time is right.” 


 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah