Monday, January 31, 2011

Untuk Permulaan :)

salam semua.. :)
30 Januari yang lalu aku telah menyertai pertandingan pidato di Ipoh.. 
Tahniah kepada
Saudari Nuraini Munawar atas pencapaian kita semua.. hihi,,
jutaan terima kasih kepada kak Aini yang telah berusaha untuk melatih sy di saat malam sebelum pertandingan.. :)
anda berdua memang jurulatih yang baik:)
untuk Syam.. terima kasih atas motivasi sebelum pertandingan..  (sebab beliau telah mengajar satu cara untuk memberi keyakinan) haha.. 
dan untuk Aqwa.. thnks 4 the burger.. :)
thnks u olls.. 
korang memamg best

 tanpa kalian.
sy tidak akan dapat berucap tanpa kertas semalam.. :)
uhuks.. ;)
jurulatih sy dah bercuti.. 
selamat bercuti untuk beliau.. 
jom.. enjoy the photo.. :)

tempat pertandingan :)
1
2
3

....
.....






 p/s : apabila anda bercakap dengan membawa kertas. anda juga akan cenderung untuk melihatnya.. 
terima kasih atas pengajaran ini
terima kasih juga untuk teknik hafalan
dan teknik meyakinkan diri sepanjang 29 Januari itu.. 
keluarga debat upsi memang best.. 
sy sangat bertuah kerana mengenali dan bergaul dengan anda semua.. 

;)
sekian terima kasih

Tuesday, January 25, 2011

Sokongan itu Kekuatan....

Antara minat dan tuntutan tanggungjawab..
Subhanalllah..
Sekali lagi air mata ini mengalir..
bukan kerana tidak balik raya bercuti untuk raya cina..
bukan kerana hati sudah kecewa..

entah kenapa malam ini hati menjadi sebak dan pilu
bahu siapa yang akan menjadi mangsa untuk disandarkan..


tiba-tiba terasa rindu pada mak..
pada kakak..
aku betul-betul memerlukan sokongan..
itu adalah realiti sebenarnya..
Faizal.. 
Andy.. 
aku rindu pada kalian.. 
Julll...
Ct.. 
Phine.. 
Sesungguhnya.. pada ketika dan waktu seperti ini.. 
kekuatan aku adalah pada kalian.. 

adakah aku yang tersilap kerana terlalu terburu-buru
mengatasi dasar kekerdilan diri yang baru mengorak langakah
sesungguhnya untuk mencapai tahap seperti kalian
aku tak mampu

maaf!
aku masih lemah jiw untuk menghadapi semua ini
ini memang lumrah dari dulu kini.. dan mungkin akan datang.. 
maka.. 
sokonglah aku.. 
kerana sokongan itu adalah kekuatan utama yang aku ada
aku akan jatuh tanpa sokongan
dengan tubuh sekecil ini
dengan pengalaman yang baru setahun jagung.
serius
aku tak mampu
....
bukan niat untuk tidak melibatkan diri dalam minggu ini atau minggu lepas
oleh kerana aliran / bidang sekarang membataskan segalanya
kembali semula kepada titik tolak
apa sebenarnya matlamat untuk ke sini
???

Saya tidak memerlukan sesuatu yang boombastic
cukupalah sekadar memenuhi persyaratan ayah dan ibu
mak
saya rindu
.....
dan air mata merembes lagi sebelum mata terlelap lagi.. 
selamat malam semua


p/s : kenapa mode akhir-akhir ni asyik2 nak sedih jer.. deh.. 

Monday, January 24, 2011

AT 43.. Aku Sayang Kamu...

Minggu 1

Minggu 2


Minggu ke 3










serius..
aku memang sayang AT43.. 

ISMP Sains Kejurulatihan...



malah untuk 3 minggu pertama nie..
 aku rasa aku syg at43 lebih dari aku syg civil engineering dulu..
psst..
susah payah kita harungi bersama yea kawan2.. 
terima kasih yea kawan-kawan.. 
korang memang best.. 
:)

Saturday, January 22, 2011

Simple Update..

saya agak sibuk sekarang.. 
wifi pun tak berapa nak ok.. 
next entri. i will updte my pic at teratak riverview.. 
i really miss my blog.. 
psssst.. 
kad matrik dan badge tu lawa kan.. 
:)


Sunday, January 16, 2011

Permulaan Kehidupan Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan..

salam semua.. 
*minggu sui kenal*

:)
lokasi terkini : kolej harrun aminurrashid tanjung malim.. 
latest status : penat!!! 
balik dari kem mengenal budi.. 
...................................

lantaran dari kem itu.. tak dapat lah aku menonton perlawanan akhir piala debat khar.. 
*mel.. tQ taw sbb jadi team mate oura*
bukan keterpaksaan ye mel.. haha.. 

:(
ape pun.. buat mus.. din.. dan zalie.. 
jangan kecewa taw.. 
korang mmg best.. 
:)
*rugi tak tengok*
*
*
*
*
ehem.. keluarga debat khar.. ora nk tgk pic masa saringan hari tu boleh.. :)
*
*
*
dan sebab kem mengenal budi.. aku pun tak dapat join teater.. :(
areda.. 
sori taw.. 
eyh.. sebaye ke tua lagi.. takpe2.. 
yang penting 2 aktiviti dah ketinggalan.. 
***
jualan di khar tak pyg cerita... 
memang aku ketinggalan.. 
tapi.. adalah gak berbeli ckit.. :)
ckit???
tshirt upsi, jaket,tracksuit.. tudung.. 
eyh.. tu bukan ckit.. tu byk pulak dah.. haha.. 

kem??
so far.. kem tu memang best.. 
dan kem tu lah adalah kem aku paling manja dan mengada2
ops.. bukan.. 
aku mengalami kecedaraan gak la.. 
harap tak da apa2 kesan di masa hadapan.. 
ok.. 
dah la.. nanti la aku update lagi.. 
aku nak p hospital dulu.. !!
jom tgk muka aku latest.. 
omg.. 
maaf.. sy kesuntukan masa.. 
saya tak edit ok.. haha.. 


Salam!!!!
-my coursem3-

-tepi sungai-
-otw nak balik-

sekian untuk kali ini.. 


p/s : kulit makin gelap dan makin sentimental jiwa raga haha... 

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusop meninggal dunia.. alfatihah..

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pelakon drama Mohd. Faizal Yusop , 33, hari ini meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak di sini.
Bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana (Nana) Alias, 28, itu menghembus nafas terakhir pada pukul 1.45 petang selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut setelah terjatuh di bilik air rumahnya di Sentul, pada pukul 9 pagi.
Abangnya, Shaiful, 35, yang membawa Faizal ke hospital berkata, keadaan adiknya itu kelihatan teruk selepas terjatuh di bilik air.
Bagaimanapun dalam perjalanan, Faizal memberitahu, keadaannya pulih sedikit namun ketika sampai di hospital keadaan pelakon itu kembali tenat.
"Faizal terus dimasukkan ke ICU dan dia sempat bertemu dengan anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun yang dibawa oleh Nana," katanya ketika ditemui di lobi hospital di sini.
Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu kerana semalam, Faizal sempat membelanja ahli keluarganya makan malam ikan bakar Sekinchan, di Setiawangsa.
Kata Shaiful, jenazah Faizal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, pada pukul 10 pagi esok.
Sementara itu, Nana yang turut berada di hospital berkata, dua minggu sebelum ini, ketika Allahyarham bercakap dengan anaknya, beliau dapat merasakan perubahan sikap bekas suaminya itu.
"Sewaktu dia bercakap dengan Rayyan, Nana dengar dia pesan pada Rayyan jangan menyusahkan mama dan jaga mama baik-baik.
"Nana memang rasa lain kerana selama ini dia tidak pernah pesan begitu, tapi tidaklah Nana tanya tentang perubahan sikapnya itu," ceritanya.
Allahyarham yang kini sudah menikah dengan Rosmunira Rashid, 27, dijangka bakal menimang cahaya mata sulung menerusi perkahwinan keduanya kerana isterinya itu sedang hamil lima bulan.
Drama lakonan Faizal, Tiramisu sekarang ini sedang ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang.

Buaya??? Ia adalah berbahaya...

BUAYA yang dibelah perutnya kemudian dicampakkan ke sungai oleh penduduk Kampung Reban, Serian, Sarawak, semalam. - Mingguan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


SAMARAHAN 1 Jan. - Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban, dekat Serian hari ini selepas tragedi Imam Ketiga, Masjid Darul Ihsan, Sidi Samad, 66, dibaham oleh reptilia itu pada 18 Disember lalu.
Bagaimanapun, buaya yang ditangkap kira-kira pukul 9 pagi itu dengan menggunakan pancing berumpankan anjing dan ayam ternyata bukan reptilia yang dikatakan membaham mangsa tersebut.
Penghulu Ladang Samarahan, Boh Sabeli, 70, memberitahu, penduduk kampung telah membelah perut buaya berkenaan, namun hanya menemui bulu ayam dan bangkai anjing sahaja.
Katanya, ia menjadi bukti buaya itu bukan reptilia yang membaham mangsa lalu bangkai buaya itu dibuang semula ke dalam sungai.
"Setakat ini, penduduk kampung telah menangkap dua ekor buaya dan membelah perutnya, namun kedua-duanya bukan reptilia yang mengganas dan membaham Allahyarham.
"Maka, operasi memburu buaya terbabit akan terus dijalankan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memandangkan kita telah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian (menangkap serta membunuh buaya)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.
Penangkapan buaya tersebut di tebing Sungai Batang Samarahan hari ini turut menarik perhatian apabila ratusan penduduk berpusu-pusu menyaksikan proses membelah perut buaya terbabit bagi mendapatkan balik dua kaki, dua tangan dan kepala mangsa yang dibaham itu.
Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, Sidi maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika menjala udang galah bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia tersebut.
Difahamkan, seorang penduduk yang turut serta dalam operasi memburu reptilia berkenaan sebaik mangsa dilaporkan hilang telah melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan rahangnya terdapat sesuatu benda yang dipercayai sebagai kaki mangsa.
Boh memberitahu, pada hari ini juga, penduduk kampung telah berjaya menangkap seekor lagi buaya menggunakan pancing, namun tidak dapat membawanya naik ke darat pada petang ini disebabkan lokasinya agak jauh.
Dalam pada itu, beliau berkata, Sungai Batang Samarahan sememangnya mempunyai banyak reptilia berkenaan bahkan jika seseorang menyusuri sungai terbabit dari Kampung Reban ke Kampung So, pasti akan terserempak dengan hampir 40 ekor buaya.
Katanya, kejadian dibaham buaya di Kampung Reban baru-baru ini merupakan kes yang kedua selepas kejadian seorang pelajar dibaham buaya di sungai yang sama pada 1992.
"Tidak dinafikan bahawa Sungai Batang Samarahan ini memang terdapat banyak buaya dan penduduk sentiasa berwaspada menggunakan sungai ini sama ada sebagai pengangkutan atau menangkap ikan dan udang.
"Justeru, kita berharap penduduk kampung akan berjaya menangkap buaya yang mengganas itu supaya keluarga mangsa dapat semula bahagian-bahagian anggota badan mangsa untuk disemadikan dengan sempurna," ujarnya.


psst: kalu buaya darat lagi bahaya.. ngiaha3x.. silent killer itu.. 

Azam Baru

Apabila bercerita mengenai azam baru...semua akan sibuk bercerita.. 
ehem.. 
azam yang lepaas.. dah settle ke belum???
aku???
Syukur Alhamdulilah.. 
Banyak gak wishlist aku yang dah sttle.. 
Alhamdulilah.. 
semoga tahun ini akan membawa sedikit arus perubahan dan kejayaan
InsyaAllah..


Selamat tahun baru semua.. 

ppstt.. sila tengok kalendar.. haha.. hari ni dh 2 hb.
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah